
Muzikal Lawak Superstar' Kembali Untuk Musim Kedua
Date Released:08 Dec 2020
Share
Tweet
Media Pack
Muzikal Lawak Superstar' (MLS) program realiti muzikal komedi Astro Warna kini kembali untuk musim kedua! Program yang sarat dengan gelak tawa ini bakal dipancarkan secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya secara eksklusif di saluran Astro Warna HD (107) dan Astro Warna (127) pada setiap Jumaat, jam 9.00 malam mulai 18 Disember 2020. Untuk pilihan alternatif, program ini turut boleh disaksikan di mana sahaja menerusi aplikasi Astro GO dan secara strim di on demand, serta juga boleh dinikmati menerusi platform digital melalui saluran YouTube rasmi Astro Gempak.
MLS menggandingkan 14 kumpulan yang tediri daripada barisan pelawak dan selebriti dari pelbagai cabang industri hiburan termasuklah pelakon, penyanyi dan personaliti popular. Program yang bakal bersiaran selama 12 minggu berturut-turut ini akan dikemudikan oleh dua nama sensasi dalam industri, Nabil Ahmad dan Elly Mazlein. Lebih menarik lagi, lagenda rock tanah air, Dato' Awie kembali menyarung jersi juri tetap, dan kini ditemani pelakon jelita, Fazura dan hero Melayu kegilaan ramai, Zul Ariffin! Bertindak sebagai Pengarah Muzik pula adalah komposer dan pemain gitar yang begitu disegani ramai, Shah Nizam Abdul Halim atau lebih mesra disapa dengan Shah Slam.
Pengurus Saluran Astro Warna, Norzeha Mohd Salleh berkata, Penganjuran Muzikal Lawak Superstar untuk musim kedua ini adalah satu kebanggaan bagi kami. Dengan kejayaan MLS musim pertama tahun lalu serta penganjuran The Masked Singer Malaysia yang melabuhkan tirainya baru-baru ini, kami melihat perkembangan yang memberangsangkan terhadap genre komedi muzikal. Ini menjadi dorongan untuk kami selaku peneraju kandungan komedi utama tanah air terus menghasilkan konten yang lebih segar, lagi berkualiti demi menepati kehendak audiens. Dengan penglibatan nama-nama heavyweight' atau besar seperti Dato' Awie, Fazura, Zul Ariffin, Shah Slam, Nabil Ahmad, Elly Mazlein dan ramai lagi, besar harapan kami musim terbaharu ini bakal mendapat sambutan seterusnya mencatatkan penanda arasnya yang tersendiri, sekaligus mengukuhkan lagi jenama MLS ini sebagai program utama industri hiburan. Semoga terhibur, dan jangan lupa untuk mengundi kumpulan kegemaran anda di laman web rasmi kami!
TRIVIA MENARIK MUZIKAL LAWAK SUPERSTAR 2'
MLS musim kedua mengekalkan format 2 pelawak + 1 selebriti' bagi setiap kumpulan. Antara selebriti yang terlibat pada musim ini adalah Fakhrul UNIC, Khir Rahman, Syura, Keena Mentor, Cik B, Azmi Caliph Buskers, Johan Asaari, Ezlynn, Roy Azman, Zahid AF, Mark Adam, Lan Solo dan Fiza Thomas.
Setiap minggu, kesemua kumpulan akan diberikan 3-5 minit untuk melakukan persembahan sketsa komedi muzikal berdasarkan tema lokasi yang ditugaskan, seperti alam fantasi, majlis keramaian, institusi pendidikan, mercu tanda ikonik, negeri-negeri di Malaysia dan sebagainya.
Selari dengan tagline Dalam Komedi Ada Nyanyi', pemberian markah ditentukan menerusi tahap kreativiti sketsa komedi, kreativiti lirik serta dialog, lakonan dan persembahan pentas serta nyanyian yang dipersembahkan. Konsep star' juga akan digunapakai sebagai salah satu cara pengiraan markah, dan pemberian star' ini adalah eksklusif untuk Dato' Awie, Fazura, dan Zul Ariffin sahaja selaku juri tetap.
Peminat bagi setiap kumpulan juga berpeluang menentukan nasib artis pujaan mereka kerana markah bagi peserta adalah dibahagikan 50-50 antara juri tetap dan audiens. Saluran undian dibuka sepanjang minggu untuk para peminat berpesta klik' antara satu sama lain!
Bagi kumpulan yang menduduki undian teratas pada setiap minggu pula, mereka akan dianugerahkan ganjaran seperti kad imuniti, pemilihan giliran persembahan minggu seterusnya, pemilihan juri yang memberi komen pada persembahan mereka, dan juga berpeluang memilih live props' (seperti penari latar atau pelakon tambahan) yang akan bertindak sebagai pembantu dalam persembahan mereka.
Izzue Islam dan Riena Diana muncul sebagai hos bagi Muzikal Lawak Superstar Live+ yang akan disiarkan secara langsung di saluran YouTube Astro Gempak, mulai 18 Disember 2020, jam 8.30 malam. Program virtual berdurasi 60 minit itu bakal berinteraksi bersama peminat disamping menyingkap kembali persembahan para peserta.
Pemenang keseluruhan bagi MLS musim kedua ini akan membawa pulang wang tunai RM150 ribu, serta akan mendermakan RM10 ribu kepada badan kebajikan yang tertentu. Tempat kedua dan ketiga pula masing-masing akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM75 ribu dan RM50 ribu. Tempat keempat tidak akan pulang dengan tangan kosong kerana juga akan menerima wang tunai RM25 ribu sebagai hadiah kemenangan.
Stesen SINAR hadir sebagai radio rasmi bagi musim terbaharu MLS, manakala rakan media rasmi adalah Zon Lawak yang hadir dibawah jenama Astro Gempak.
LANGKAH-LANGKAH MENGUNDI
Layari laman web rasmi MLS di www.gempak.com/muzikallawaksuperstar dan log masuk ke akaun Astro atau Facebook anda.
Anda mempunyai 20 undian pada hari Sabtu hingga Khamis, dan 50 undian pada hari Jumaat untuk mengundi kumpulan kegemaran anda.
Undian dalam talian akan dibuka sepanjang minggu dan akan ditutup selepas diumumkan oleh hos pada akhir rancangan setiap minggu.
Undian akan dibuka semula setelah program minggu itu selesai.
#MuzikalLawakSuperstar2020 #MLS2020 #MLS2
Asia, Australia & Oceanic Stories
30/06/2025
SBS On Demand boosts global news offering with launch of France 24 FAST Channel
30 June, 2025
Media releases
SBS is expanding its international news offeri...
27/06/2025
27 06 2025 - Media release Game, set, action! Screen Australia and ABC announce new mini-series Goolagong
Marton Csokas and Lila McGuire of Goolagong. Image c...
26/06/2025
Buckle up for Great Australian Road Trips launching 31 July on SBS and SBS On De...
20/06/2025
Hit, run, oh sh#t: NITV and SBS get RECKLESS with filming underway in Western Au...
13/06/2025
Pure Drama and Fierce Rivalries set to dominate the world's most iconic spor...
12/06/2025
50 Years Strong: SBS and NITV Supercharge NAIDOC Week 2025 in a joint 50th celeb...
06/06/2025
06 06 2025 - Media release Award-Winning TV Creators Richard Gadd, Sally Wainwri...
03/06/2025
Stories of love, loyalty and self-discovery among six shortlisted Digital Origin...
28/05/2025
SBS celebrates 50 years of reflecting a diverse and contemporary Australia
28 May, 2025
Media releases
Marking 50 years of broadcasting on 9 June 2025, SBS...
28/05/2025
ABS and Verticloud announce a Strategic Partnership to accelerate Digital Transf...
22/05/2025
SBS and Screen Australia showcase the next wave of Australian storytellers with ...
22/05/2025
Rune Pedersen unpacks How Humans Talk in new SBS Audio podcast
22 May, 2025
Media releases
Ever caught yourself using baby talk with your pet and wondered ...
19/05/2025
Eurovision delivers strong Total TV audiences for SBS, dazzling more than 2.21 m...
16/05/2025
Proper Loved Up Stage One Recipients Announced
16 May, 2025
Media releases
Screen Australia's First Nations Department, the Australian Broadcasting Cor...
15/05/2025
Australia's boldest network SBS launches new brand campaign: We Go There...
15/05/2025
We Go There SBS On Demand's new Hub is entirely bold and unmistakably SBS
15 May, 2025
Media releases
The We Go There Hub brings together over 300 ti...
14/05/2025
ABS and SpaceBridge to Join Forces to Strengthen Managed Services Across Europe,...
13/05/2025
Alone Australia Season 3: The Reunion
13 May, 2025
Media releases
As the latest season nears its end, SBS's hit series brings full cast together for re...
13/05/2025
Teletimes interviews ABS CEO, Mark Rigolle...
12/05/2025
And They're Off! The Pure Drama of the Cycling Grand Tours Continues on SBS,...
12/05/2025
10 05 2025 - Media release Australian Filmmaker Lucy Mckendrick Set For Directin...
07/05/2025
SBS and NITV mark National Reconciliation Week with compelling premieres recogni...
07/05/2025
SBS commences search for a new Western Sydney production hub location
7 May, 2025
Media releases
SBS has today launched a Request for Expressions of Intere...
02/05/2025
SBS On Demand achieves stellar month on the back of Alone Australia and The Hand...
01/05/2025
01 05 2025 - Media release Screen Australia empowers 100 distinctive Australian narratives
All The Boys Are Here writer/director Goran Stolevski and It s All...
30/04/2025
Slam poet Huda the Goddess wins 2025 Les Murray Award
30 April, 2025
Media releases
Australia for UNHCR and SBS are proud to announce that Huda Fadlelmawla...
30/04/2025
SBS, NITV and NIDA partner to empower the next generation of screen creatives
30 April, 2025
Media releases
SBS, National Indigenous Television (NITV) and ...
23/04/2025
We heard that you could use a little pick-me-up, so get ready to sh-sh-shake it ...
22/04/2025
McAvaney takes the lead for SBS' Coverage of the World Athletics Championshi...
16/04/2025
Finalists announced! Five stand-out brands shortlisted for SBS Media's Susta...
15/04/2025
Claudia Karvan, Tom Gleeson, and Mark Coles Smith join in the adventure of a lif...
15/04/2025
SBS and Volleyball World sign landmark deal for Beach Volleyball World Champions...
14/04/2025
SBS becomes first Australian broadcaster to have near-and long-term carbon reduc...
11/04/2025
Isn't that Insightful? Kumi Taguchi dives deeper into Insight's taboo to...
09/04/2025
SBS On Demand partners with Euronews to extend network news offering
9 April, 2025
Media releases
SBS is expanding its international news offering with the...
09/04/2025
SBS announces TV's hottest new couple, Tony Armstrong and Courtney Act, as E...
09/04/2025
09 04 2025 - Media release Screen Australia and ACTF Kids IP Incubator Initiative enters next phase
Kids IP Incubator recipients in Melbourne for the workshop...
07/04/2025
Olympic Gold medallist and World Time Trial Champion Grace Brown joins SBS comme...
07/04/2025
Female focus: New season of Living Black highlights women in Federal Election ye...
07/04/2025
SBS News' Cost of Living Secrets podcast returns to tackle one of the key is...
04/04/2025
SBS announces initiatives to provide all Australians with trusted news and infor...
01/04/2025
01 04 2025 - Media release Bus Stop Films' first feature Boss Cat to begin production in June
Boss Cat cast (L-R): Olivia Hargroder, Penny Downie and Juli...
31/03/2025
Ready, set, Party Time!' SBS News empowers young voters with a new politica...
28/03/2025
Marion Grasby's Flavours of Heart & Home is a celebration of culture and fam...
28/03/2025
SBS delivers Federal Election news to Australians in over 60 languages
28 March, 2025
Media releases
As Australia heads to the polls on 3 May, Australia...
26/03/2025
The Secret DNA of Us premieres 17 April
20 March, 2025
Media releases
Family secrets, royal relationships and hidden histories revealed What would you disc...
24/03/2025
ABS further Strengthens Leadership Team with Appointment of Matthieu Boutrolle a...
19/03/2025
NITV and Cricket Australia elevate First Nations sport with National Indigenous ...
19/03/2025
Yumi Stynes wants older women to be SEEN' as SBS podcast returns
19 March, 2025
Media releases
Feminist icon Yumi Stynes shines a spotlight on trailbl...