Kabir Bhatia Angkat Elemen Muzik, Percintaan & Konflik Keluarga Dalam Naskhah Terbaharu; Aku, Bunga' Date Released:12 Aug 2020
Share
Tweet
Media Pack
Pengarah tersohor, Kabir Bhatia sekali lagi tampil dengan buah tangan terbaharu, AKU, BUNGA , istimewa buat penonton setia Astro First Eksklusif. Mengiringi reputasi beliau sebagai Award Winning Director', filem yang mendapat sentuhannya baru-baru ini, Sangkar' berjaya merekodkan kutipan pecah panggung. Kini, beliau bersedia untuk menyajikan sebuah lagi karya hebat, Aku, Bunga kepada penonton yang merindukan naskhah-naskhah hebat beliau. Aku, Bunga bakal menemui peminat di Astro First Eksklusif (saluran 480) mulai 13 Ogos ini. Untuk pilihan alternatif, filem televisyen (FTV) ini juga boleh didapati di platform On Demand.
Aku, Bunga menampilkan gandingan segar tiga personaliti yang hadir dari latar belakang yang berbeza, Ben Amir, Naim Danial dan pendatang baharu dalam industri seni, Noor Ayu Fatini atau lebih dikenali dengan nama Bunga Isme. Bunga sebelum ini mencuri tumpuan dunia apabila muncul dalam artikel The New York Times dan sebuah video daripada Bloomberg ketika membuat persembahan nyanyian rap dengan berbaju kurung dan berhijab. FTV ini merupakan kemunculan sulung Bunga dalam cabang lakonan.
Aku Bunga mengisahkan tentang Bunga (lakonan Bunga Isme), seorang anak tunggal yang begitu menggemari muzik hip hop dan beliau mempunyai impian untuk mengembangkan bakatnya dalam dunia seni. Minatnya ini disokong oleh kawan baik yang juga jiran rapat, Kahoe (lakonan Naim Danial).
Dalam satu insiden, Kahoe telah memperkenalkan seorang pemuda yang juga merupakan peguam, Shaq (lakonan Ben Amir) kepada Bunga. Shaq menyelamatkan Kahoe ketika dikejar Ah-Long. Dari situ mereka mulai rapat dan segala hal hutang piutang ayah Bunga, Baba (lakonan Aman Graseka) terbongkar. Shaq hadir dari kalangan orang yang berada dan beliau mula menyukai Bunga. Namun begitu, hubungan tersebut ditentang oleh ibu Shaq (lakonan Laila Nasir) dan beliau berusaha memisahkan kedua-dua anak muda ini. Sehinggalah Shaq terlibat dalam satu kemalangan yang hampir meragut nyawa beliau. Apakah kesudahannya kelak? Mampukah cinta menyatukan Shaq dan Bunga? Atau keluarga mendahului segalanya? Nantikan Aku, Bunga pada 13 Ogos ini di Astro First Eksklusif, saluran 480.
Bermain dengan elemen muzik, cinta dan disaratkan pula dengan konflik kekeluargaan, Kabir Bhatia sekali lagi berjaya menyusun jalan penceritaan yang kemas, namun pada masa yang sama turut mengusik emosi penonton apabila cuba menyatukan dua darjat manusia menjadi satu item berpasangan. Penerimaan masyarakat dipaparkan jelas dalam jalur cerita, yang ternyata masing-masing kelihatan tidak terbuka dengan konsep di antara yang miskin dan yang kaya untuk bersama. Namun, muzik dilihat menjadi medium utama yang mampu menyatukan keikhlasan cinta kedua-dua anak muda ini, Bunga dan Shaq.
Aku, Bunga ditulis oleh seorang penulis skrip yang cukup disegani ramai, saudari Sofia J.Rhyland. Beliau bekerjasama dengan Maizura Ideris untuk melahirkan naskhah ini. Sebelum ini, Sofia juga pernah bekerjasama dengan pengarah, Kabir Bhatia untuk sebuah lagi karya istimewa Astro First Eksklusif berjudul Bisik Pada Langit' yang kemudiannya turut diangkat ke layar lebar. Aku, Bunga juga diterbitkan oleh rumah produksi yang sama dengan Bisik Pada Langit', Nusantara Seni Karya (NSK).
Info Penting Berkenaan Aku, Bunga'
Aku, Bunga yang berdurasi 90 minit ini telah melalui proses penggambaran selama 9 hari (Oktober / November 2019) dan keseluruhan penggambaran telah diadakan di lokasi-lokasi utama sekitar Melaka, terutamanya di Jonker Street.
Gandingan ketiga-tiga pelakon utama, Ben Amir, Naim Daniel dan Bunga dilihat sangat serasi dan bersahaja yang mana telah memudahkan sesi penggambaran secara keseluruhannya. Mempunyai minat yang sama iaitu menyukai muzik bergenre hip hop, ini merupakan gabungan bersama yang pertama di antara ketiga-tiga mereka.
Selain bertindak sebagai pengemudi utama FTV ini, Bunga turut menyumbangkan sebuah lagu untuk dijadikan lagu runut bunyi khas atau OST Aku, Bunga . Bertajuk Apadehal', Bunga menulis sendiri lagu ini yang turut mendapat sentuhan dari seorang komposer muda, Amzar Razqa. Ia diedarkan oleh Warner Music Malaysia.
Aku, Bunga merupakan penampilan sulung Bunga sebagai pelakon. Gadis kelahiran Perak yang berusia 20 tahun ini sedang mengikuti kursus Diploma Pentadbiran Awam di Universiti Teknologi MARA (UiTM), Seremban. Tampil dengan single pertama beliau berjudul Bunga' pada Julai 2019, Bunga merupakan penyanyi rap pertama negara yang tampil berimej sopan dengan berbaju kurung dan lengkap berhijab. Sehingga hari ini, single beliau itu telah menerima hampir 2.5 juta tontonan.
Selain dari Ben Amir, Naim Danial dan Bunga, naskhah ini turut dikuatkan lagi dengan kehadiran pelakon-pelakon hebat dan berpengalaman seperti Aman Graseka, Laila Nasir, Emelda Rosmila dan ramai lagi.
Sharmin Parmeswaran, Ketua Saluran Astro First Eksklusif & Astro Best berkata: Kami di Astro First Eksklusif mengakui, segmen kandungan pada hari ini dilihat sangat kompetitif dan penonton mempunyai banyak pilihan dan platform untuk mendapatkan akses kepada kandungan-kandungan yang mereka inginkan. Justeru, menjadi keutamaan kepada kami untuk mengutamakan pelbagai variasi kepada pilihan kandungan yang kami ketengahkan kepada penonton. Genre yang kami tampilkan perlu menepati kehendak penonton yang rata-ratanya terdiri dari pelbagai latar dan kumpulan yang berbeza-beza. Aku, Bunga menyasarkan golongan generasi muda yang lebih terarah kepada muzik dan dunia digital. Namun begitu, ia tetap sesuai ditonton oleh seisi keluarga kerana Kabir Bhatia selaku pengarah dan krew produksi di belakangnya bijak menggabungkan elemen-elemen terkini dengan asas kekeluargaan bagi men










