
Program Baharu di Astro Warna Saksi Penyatuan Semula Johan & Zizan Razak
Date Released:18 Jul 2018
Share
Tweet
Sambutan hebat diterima oleh barisan program yang bersiaran secara langsung di saluran Astro Warna seperti Super Spontan' dan Maharaja Lawak Mega' mendorong pihak saluran komedi ini untuk terus memantapkan seleksi kandungan programnya dengan memperkenalkan slot baharu, Lawak Live'. Slot Lawak Live' ini bakal menyajikan program-program variety yang akan bersiaran secara langsung.
Pelawak, pelakon serta pengacara yang tidak asing lagi, Johan dan Zizan Razak, diberi penghormatan untuk membuka tirai slot Lawak Live' menerusi program JOZAN' yang menyaksikan dua figura popular ini bergandingan selaku pengacara program.
Bakal ke udara selama 40 minggu, JOZAN' akan bersiaran secara langsung selama satu jam dari Studio 1, Astro pada setiap hari Selasa bermula 24 Julai 2018 jam 10.00 malam. Ia akan dipancarkan terus di Astro Warna (saluran 132), Warna HD (saluran 124) dan untuk pilihan alternatif, ia boleh ditonton menerusi platform digital Astro GO dan on demand'.
NOTA RINGKAS JOZAN'
Program JOZAN' merupakan sebuah program variasi hiburan komedi kendalian Johan dan Zizan Razak yang mengetengahkan isu-isu terkini dan viral menerusi pelbagai bentuk aktiviti hiburan berteraskan komedi seperti permainan, sketsa, debat santai, persembahan muzikal, parodi, temu bual dan pelbagai lagi. Program ini juga akan dimeriahkan dengan kehadiran selebriti popular tanah air pada setiap minggu.
Berdurasi selama satu jam, JOZAN' dibahagikan kepada lima segmen di mana setiap segmen mengandungi pengisian aktiviti hiburan yang berbeza. Secara keseluruhannya, terdapat 22 bentuk aktiviti hiburan yang bakal menghiasi JOZAN'. Antaranya adalah Perang Jantina', Bakat Ke Laut', Kita Ke Mahkamah', Lip Sync Battle', Horror Latah', Bual Bicara', Hos vs Hos challenge' dan pelbagai lagi.
Menariknya, aktiviti hiburan bagi setiap segmen tidak tetap dan akan bertukar silih berganti pada setiap minggu bagi mencetuskan keterujaan dalam kalangan penonton dan memastikan kandungan program JOZAN' sentiasa segar dengan kelainan yang ditampilkan dalam setiap episod.
Kepelbagaian aktiviti hiburan dalam JOZAN' yang disesuaikan mengikut topik perbincangan pada minggu tersebut bukan sahaja menguji para selebriti jemputan tetapi juga Johan dan Zizan selaku anak seni versatil yang bermula daripada bawah dan telah melalui liku-liku dunia hiburan.
Program ini juga bakal menyaksikan penglibatan secara langsung daripada penonton di mana terdapat sebuah segmen khas untuk penonton menonjolkan bakat mereka dan penonton juga berpeluang untuk menentukan cabaran yang harus dilakukan oleh Johan dan Zizan serta melontarkan idea-idea bernas berkaitan program dengan memberi maklum balas di media rasmi JOZAN' untuk perhatian pihak penerbitan.
Antara lain yang menarik perhatian adalah JOZAN' merupakan program pertama menampilkan Johan dan Zizan Razak sebagai JOZAN selepas enam tahun. Penampilan akhir gandingan mereka berdua sebagai JOZAN di kaca televisyen adalah menerusi program Maharaja Lawak Mega 2012' yang menyaksikan mereka menjulang trofi juara.
PETIKAN KENYATAAN RASMINorzeha Mohd Salleh, Pengurus Saluran Astro Warna berkata:
Syukur Alhamdulillah, melewati pertengahan tahun 2018 ini saluran Astro Warna terus bergerak maju dan tidak pernah sunyi dengan kehadiran pelbagai seleksi program komedi buat penonton sejak dari bulan Januari lagi. Kini, kami mengambil satu lagi langkah ke hadapan dengan memperkenalkan sebuah program terbaharu, JOZAN' dan ia akan dikendalikan oleh gandingan duo yang cukup hebat dan popular, Johan dan Zizan Razak.
Uniknya program JOZAN' ini, ia merupakan satu-satunya program siaran langsung di Astro Warna yang tidak terikat dengan sesuatu format. Perkara paling utama dalam perjalanan program ini adalah kandungan yang memberi gelak tawa kepada penonton. Justeru itu, kami membawakan pelbagai bentuk pengisian hiburan komedi seperti nyanyian, sketsa, cabaran santai, debat komedi, bual bicara serta pelbagai lagi yang akan bertukar-tukar pada setiap minggu, bersesuaian dengan topik pada minggu tersebut.
Selain itu, penampilan pertama Johan dan Zizan dalam program ini pada 24 Julai kelak bakal menandakan penyatuan semula secara rasminya jenama JOZAN' setelah enam tahun mereka membawa haluan masing-masing dalam mencorakkan kerjaya mereka. Kini mereka kembali ke Astro Warna, tempat permulaan kerjaya mereka berdua sebagai anak seni yang lebih hebat, matang dan sarat dengan pengalaman untuk mengendalikan program mereka sendiri. Pastinya kehadiran semula gabungan duo yang pernah menggamatkan industri komedi tanah air suatu masa dahulu dinanti-nantikan oleh semua peminat.
MEDIA RASMI JOZAN'
Radio ERA hadir sebagai Rakan Radio'
Zon Lawak selaku Rakan Digital'
BUTIRAN SIARAN JOZAN' akan mula dipancarkan secara langsung pada setiap hari Selasa mulai 24 Julai 2018 jam 10.00 malam di Astro Warna (saluran 132) dan siaran serentak di Warna HD (saluran 124). Program ini turut boleh dinikmati melalui platform digital, Astro GO dan on demand'.
IKUTI BERITA TERKINI JOZAN'Facebook: Zon Lawak
Instagram: @zonlawak & @jozanlive
Twitter: @ZonLawak
#jozanlive & #jozan
Most recent headlines
05/01/2027
Worlds first 802.15.4ab-UWB chip verified by Calterah and Rohde & Schwarz to be ...
24/10/2026
Share
Copy link
Facebook
X
Linkedin
Bluesky
Email...
24/10/2026
Share
Copy link
Facebook
X
Linkedin
Bluesky
Email...
24/10/2026
Share
Copy link
Facebook
X
Linkedin
Bluesky
Email...
24/10/2026
Hit Horror Film Buddy Created with DaVinci Resolve Studio
Brie Clayton October 23, 2026
0 Comments
Colorist Sam Daley created authentic 90s kids'...
23/10/2026
CBS Sports will be the exclusive U.S. Spanish-language rights holder for the Con...
23/10/2026
Fubo has announced new distribution agreements for carriage of seven regional sports networks for the 2026-27 NBA season. Through those agreements, the Fubo str...
23/10/2026
CBC/Radio-Canada has selected Dalet to modernize its news operations across Canada, deploying Dalet Pyramid across the organization. CBC/Radio-Canada operates 2...
23/10/2026
EZDRM has been granted US patent 12,659,532 for a method of delivering DRM-protected content over low-latency WebRTC (Web Real-Time Communication) infrastructur...
23/10/2026
Audio-Technica has acquired a new facility in the Hollywood Media District in Hollywood, California, expanding its U.S. operations. The 8,966-square-foot, two-s...
23/10/2026
Audio-Technica (booth 514) will display its studio and live sound microphones and headphones at AES Show Nashville 2026, taking place Saturday, Oct. 31, and Sun...
23/10/2026
As regional sports networks (RSNs) decline, teams and leagues are producing more...
23/10/2026
Acceleration Community of Companies (ACC) has released The People's Games: W...
23/10/2026
GameTime Productions is using Stripe TV's Lightbox and Telestripe wireless t...
23/10/2026
CLOUDflex Broadcast has announced a direct integration with ZoomISO Cloud, Zoom's remote contribution solution for cloud-based media production systems. Dev...
23/10/2026
TMRW Sports has appointed Chris Zaber senior vice president of ticketing and venue experience as the company continues to build out its portfolio of sports prop...
23/10/2026
The BBQ World Cup & Expo has announced an investment from Wheelhouse, the content, talent and investment company founded by Brent Montgomery, and Omaha Producti...
23/10/2026
BKB Bare Knuckle Boxing and Bally's Corporation have unveiled Bally's Fi...
23/10/2026
Yahoo Sports has launched Perfect 5, a free-to-play fantasy basketball game tied to each week's marquee NBA on Prime matchups. It is designed to run alongsi...
23/10/2026
At the SVG Remote Production Summit at Techwood Studios in Atlanta, Steve Grigel...
23/10/2026
Fox Sports will broadcast game one of the 122nd World Series tonight from Milwaukee as the Milwaukee Brewers and Tampa Bay Rays square off. And with a crew of 4...
23/10/2026
Emmy-winning Culver City studio, bicoastal Game Creek Video mobile units return ...
23/10/2026
A playoff season featuring three series sweeps allows broadcast crews extra time...
23/10/2026
Creative and versatile echo effect
fedDSP have released ECO, a delay plug-in designed to cover everything from straightforward repeats to more experimental ...
23/10/2026
A FREE hypersaw synth in time for Halloween
UJAM have announced Detunicorn, a free collectable synthesizer plug-in designed to produce the thick, detuned hy...
23/10/2026
(4:10 PM) Wiesbaden, October 23, 2026. As part of the restructuring of the forme...
23/10/2026
Share
Copy link
Facebook
X
Linkedin
Bluesky
Email...
23/10/2026
Share
Copy link
Facebook
X
Linkedin
Bluesky
Email...
23/10/2026
Territory Group Launches Lux Meridian, New AI-Native Film and Television Product...
23/10/2026
SipRadius, widely recognized for making content processing and connectivity secure and seamless, has responded promptly to the global issue of PHP vulnerabiliti...
23/10/2026
Share
Copy link
Facebook
X
Linkedin
Bluesky
Email...
23/10/2026
Share
Copy link
Facebook
X
Linkedin
Bluesky
Email...
23/10/2026
Share
Copy link
Facebook
X
Linkedin
Bluesky
Email...
23/10/2026
Share
Copy link
Facebook
X
Linkedin
Bluesky
Email...
23/10/2026
Share
Copy link
Facebook
X
Linkedin
Bluesky
Email...
23/10/2026
Share
Copy link
Facebook
X
Linkedin
Bluesky
Email...
23/10/2026
A Brand New, Ultra-high-performance Remote Followspot Control System
Ayrton has released Falconer, a brand-new, ultra-high-performance remote followspot system...
23/10/2026
LA JOLLA, CA-The newly launched Wertheim Laureate Prize invites Nobel laureates ...
23/10/2026
Vegas Pro Delivers Professional Color Management and Faster Renders
Jessie Electa Petrov October 22, 2026
0 Comments
The 2027 release from Boris FX st...
23/10/2026
Blackmagic Design Announces Price Increases Due to Rising Memory Costs
Brie Clayton October 22, 2026
0 Comments
New prices across a range of products ...
23/10/2026
Berklee Welcomes Marcus Gilmore for Signature Series Performance The two-time Grammy Award-winning drummer, composer, producer, and bandleader will also lead ...
23/10/2026
Season 30 of The Voice Features a Record Number of Berklee Alumni Learn more about Dakota Cohen, Brandon Diaz, Nina Howland, and Zalissa Stewart, plus how the...
23/10/2026
Can Danny and Dani's grand plans save Christmas, or are they heading for a festive fiasco?Friday 23 October 2026
The Dyers' Caravan Park: A Merry Elfin...
23/10/2026
Friday 23 October 2026
Matchday Ready: Ella Toone & Keely Hodgkinson Star in New WSL Series
Sky Sports has launched Minus 1, a new social series that pairs th...
23/10/2026
On Friday, October 23, the highly anticipated iPhone Duo made its debut at Apple...
22/10/2026
Router Control Strategy: UCP Panels, WebPanel, and NBOSS Selecting a broadcast router control system is far more than a panel procurement exercise. The control ...
22/10/2026
BeckTV, Beam Dynamics, and Providius have announced a collaboration linking Beck...
22/10/2026
NETGEAR Enterprise has extended its Professional Services program beyond the network layer to cover AV-over-IP workflows, with NDI as the first ecosystem partne...
22/10/2026
USSI Global has promoted Ted Korte to Chief Technology Officer (CTO). The promotion follows the recent appointment of Ed McGivern as Chief Revenue Officer as th...
22/10/2026
Calrec has appointed Video Progetti, a Rome- and Milan-based broadcast distributor and AV system integrator, as its distribution partner for Italy. Video Proget...