PENGISIAN LENGKAP KEMPEN SEMPURNA SEADANYA' ASTRO SEPANJANG SYAWAL Date Released:24 May 2019
Share
Tweet
Media Pack
PETIKAN KENYATAAN RASMI WAKIL ASTRO
Dato' Khairul Anwar Salleh,
Naib Presiden & Ketua BahagianMelayu dan Nusantara, Kumpulan Kandungan Astro
Menerusi Kempen Sempurna Seadanya',Astro menjanjikan penawaran kandungan yang cukup komprehensif sepanjang musimperayaan bagi memberi nilai tambah kepada para pelanggan yang setia menyokongkami selama ini. Selain kepuasan pengalaman menonton, bonus ganjaran juga turutdiberikan menerusi program Ramadan Raya NJOI', promosi eksklusif programkesetiaan pelanggan menerusi Astro Rewards' serta baucar duit raya menerusiprogram Duit Raya Rebate' di Go Shop sebagai tanda penghargaan kami.
Pengisian Syawal bakal disemarakkandengan himpunan rancangan televisyen terhebat merangkumi program hiburanvariasi, muzikal dan komedi, koleksi filem-filem terlaris tempatan danantarabangsa, drama bersiri terkini, telefilem spin-off' menampilkan nama-namapopular tanah air, naskhah-naskhah throwback legend' serta program kanak-kanakdan animasi. Para peminat sukan bola sepak pula pastinya tidak akan ketinggalanuntuk menyaksikan perlawanan akhir Liga Eropah (UEFA) dan Liga Juara-Juara UEFApada minggu terakhir Ramadan.
Bagi peminat naskhah premium, kamiturut membawakan filem televisyen (FTV) terbaharu menerusi platform Astro FirstEksklusif dan disusuli dengan filem-filem terkini terbitan Astro Shaw yangbakal menemui para penonton di pawagan seluruh Malaysia tidak lama lagi.Pelbagai program istimewa raya dalam format video digital juga bakal disiarkan secaraeksklusif di kesemua platform digital Astro.
Masih mengekalkan tradisi yangdinantikan saban tahun, Astro turut membawakan sebuah lagi kisah menarikmenerusi iklan komersial Raya Kuasa 7' yang sarat dengan mesej bermaknameskipun diterjemahkan dalam bentuk komedi santai. Uniknya, garapan naratifpenceritaan kisah kali ini turut menyuntik kesinambungan intipati temakempen-kempen Astro terdahulu iaitu elemen kemaafan menerusi Kosong-Kosong',elemen kebersamaan menerusi Meriah Bersama' dan terbaharu elemen kekeluargaandan hubungan silaturrahim menerusi Sempurna Seadanya'.
FAKTA PENTING PENGISIAN UTAMA KEMPEN 'SEMPURNA SEADANYA
Himpunanlebih 230 buah program televisyenistimewa termasuk 152 buah programbaharu bakal memeriahkan musim perayaan ini di kesemua rangkaian saluranMelayu Astro.
pada 2 Jun 2019 yang kebetulan padaminggu terakhir Ramadan.
Kandunganpremium sempena Aidilfitri untuk langganan menerusi sebuah [1] filem televisyen(FTV) istimewa di platform Astro First Eksklusif serta tiga [3] buah filem terbaharu terbitan Astro Shaw bakal menemuipenonton hujung tahun ini di kesemua pawagam terpilih seluruh Malaysia.
Bagi melengkapi kemeriahanSyawal tahun ini, platform digitalturut disemarakkan menerusi program-program eksklusif seperti filem pendek, program berbentuk masakan,program realiti serta perkongsian tip-tip yang bermanfaat menerusi portalhiburan Gempak, Rojak Daily, Behind TheWheel serta Drebar.
Sepertitahun-tahun sebelum ini, Astro Radio menerusi ERA, Sinar, GEGAR, ZAYAN juga bakal mengudarakan program-programmenarik khusus buat pendengar setia mereka sepanjang musim perayaan.
Go Shop, perkhidmatanmembeli belah e-dagang Astro tidak ketinggalan membawakan program istimewa yang dikendalikan oleh barisan selebriti popular tanahair untuk mempromosikan pelbagai produk jualan yang ditawarkan sempenamusim perayaan
Tradisitahunan kempen hari lebaran Astro diteruskan menerusi penerbitan sebuah lagi iklan raya komersial berjudul Raya Kuasa 7' yang padat dengan mesej kekeluargaan dan hubunganpersaudaraan dalam bentuk komedi santai tetapi penuh bermakna.
Untukmemberi pilihan yang fleksibel,kesemua pengisian ini turut boleh diakses menerusi perkhidmatan Astro Go, on demand dan NJOI.
Beritabaik buat para pelanggan NJOI yangmelanggan Pek Aneka. Kredit tambahan bernilai RM10 akandimasukkan ke dalam akaun sekiranya anda membeli pek tersebut sepanjang tempohpromosi Ramadan Raya NJOI' bermula 14 Mei hingga 14 Jun 2019. Sila ke saluran 200 atau layari njoi.com.my untuk maklumat lanjut.
BersempenaKempen Sempurna Seadanya', program kesetiaan pelanggan menerusi Astro Rewards dengankerjasama AirAsia selaku rakanpenaja akan menawarkan harga terendahuntuk penerbangan ke 17 buah destinasi menarik di China
KANDUNGAN TELEVISYEN MENARIK SEPANJANG SYAWAL
Pasangan hos popular NabilAhmad & Neelofa bakal menemani penonton pada malam raya tahun ini (Aidilfitridijangka jatuh pada hari Rabu, 5 Jun 2019) menerusi program MeleTOP Raya' di saluran Astro Ria & Ria HD yang menampilkankeluarga selebriti popular tanah air sebagai artis jemputan termasuklah Dato' Sri Siti Nurhaliza yang turutdiiringi dengan kehadiran Siti Aafiyah,Ariff Jiwa, Tya Arifin & Asyraf Khalid;Lana Nordin Mckienzie bersama suami dan kedua cahaya matanya; Fauziah Latiff, Dato' M Nasir, Ernie Zakri,Syamel, Andi Bernadee, Nabila Razali, Syafiq Farhain serta ramai lagi.
Koleksi filem-filem terlaris tempatan danantarabangsa daripada yang terkini hingga ke retro turut menemani penontonsepanjang Aidilfitri ini seperti HantuKak Limah, Polis Evo 2, Abang Long Fadil 2, Pengabdi Setan, Dukun, Munafik 2,Train To Busan, Midnight Runners, Bad Genius, Mann, Kabhi Khushi Kabhie Gham,Kuch Kuch Hota Hai serta banyak lagi.
Tidak terhenti di situ, pelbagai program berbentuk variety',hiburan dan muzikal bakal disajikansepanjang Syawal termasuklah program istimewa Gegar Vaganza Raya Muzika' (Astro Ria), Geng Big Stage Beraya' (Astro Ria), Cinta Overhaul Aidilfitri' (Astro Warna) yang menampilkan Erra Fazira, Ajak & Shahrol Shiro sertapenampilan istimewa Dato' Jamal Abdillahsebagai Zack' & Norlia Ghani sebagai Azura' dan banyak lagi.
Para penonton ju










