
Kembali Berontak Dalam Rentak', Peserta GV6 Bangkit Merevolusikan Diri Dan Muzik Untuk Kekal Relevan Dalam Industri
Date Released:25 Sep 2019
Share
Tweet
Media Pack
Biduanita Indonesia, Hetty Koes Endang kembali berpadu tenaga bersama Dato' Haji Ramli MS menduduki kerusi juri tetap dalam edisi terkini Gegar Vaganza'
Pertandingan nyanyian yang menampilkan barisan penyanyi profesional, Gegar Vaganza' atau GV' hari ini mengumumkan tirai pentas utamanya untuk musim keenam akan kembali dibuka secara rasmi mulai 13 Oktober ini. Sekali lagi dipancarkan secara langsung dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada setiap hari Ahad, 9.00 malam, musim terbaharu ini bakal menampilkan 13 peserta, terdiri daripada penyanyi solo, duo dan berkumpulan. Ini merupakan tahun kedua GV' menyaksikan penglibatan peserta duo dan berkumpulan, selepas format sebegini diperkenalkan buat pertama kalinya pada musim lalu dengan kehadiran kumpulan Elite, Forteen dan pasangan duo, Billy Zulkarnain.
Untuk edisi kali ini, 13 peserta yang terdiri daripada sebelas peserta solo dan masing-masing satu peserta berkumpulan dan duo, kini bersiap siaga sepenuhnya untuk berentap di pentas berprestij satu-satunya program hiburan tanah air yang mengangkat kembali nama-nama penggiat portfolio seni yang pada suatu ketika dahulu pernah mengecapi kegemilangan dan diminati ramai.
GV6' juga masih mengekalkan format asal penjurian yang mana nasib para peserta akan diadili sepenuhnya berdasarkan sistem pemarkahan 100% oleh pihak juri yang telah dipertanggungjawabkan untuk menilai persembahan para peserta berdasarkan kepada kriteria yang telah ditetapkan. Peserta yang mendapat markah paling rendah pada setiap minggu akan disingkirkan.Sebelum ini, penyanyi Ayai Ilusi ('GV1'), Siti Nordiana ('GV2'), Azharina ('GV3') Aishah ('GV4') dan Noryn Aziz ('GV5') juga pernah dinobatkan sebagai juara GV' untuk musim-musim yang terdahulu.
Petikan Kenyataan Rasmi Wakil Astro - Emarina Kamal, Pengurus Saluran Astro Ria& Ria HD
Selepas lebih 6 tahun bersiaran, Gegar Vaganza' dilihat sebagai bukan sekadar program hiburan semata-mata. Kami di bahagian produksi mengangkat GV' ini sebagai satu ekosistem yang menghubungkan penyanyi khususnya pemain senior' baik dari Malaysia mahupun negara-negara serantau seperti Singapura, Indonesia dan Brunei dengan pentas komersial arus perdana pada hari ini yang rata-ratanya didominasikan oleh golongan muda dan millennial. Tidak dinafikan, trend' atau aliran arah persada seni pada hari ini mendambakan sesuatu yang lebih moden dan segar. Walaupun barisan penyanyi yang kami tampilkan di pentas GV' dari musim ke musim adalah terdiri dari mereka yang rata-ratanya berusia atau lebih berpengalaman', kami yakin, jika diberikan peluang untuk kembali beraksi di platform yang bertepatan, mereka boleh membuat comeback' dan akan diraikan semula oleh audiens industri. Justeru, tidak hairan jika barisan peserta yang terpilih untuk bertanding di pentas GV' begitu bersungguh-sungguh untuk memperlihatkan kembali kehebatan vokal dan persembahan mereka yang mungkin sudah lama tidak dipertontonkan demi memenangi hati juri dan juga penonton. Kami percaya, kerinduan anda semua akan terubat sebaik sahaja mengetahui nama-nama di sebalik GV' musim keenam ini. Turut tidak dinafikan, platform GV' juga dijadikan batu loncatan kepada barisan artis yang menyertainya sebagai satu lagi cabang rezeki mereka dalam meniti kehidupan seharian. Menerusi GV', mereka kembali dikenali, nostalgia lama terutamanya menerusi lagu-lagu one hit wonder' suatu masa dahulu membuatkan mereka diingati semula dan dihujani jemputan dari banyak penjuru untuk mengadakan persembahan dalam pelbagai skala. Kami merasakan bahawa ini merupakan salah satu bentuk sumbangan kami kepada industri, dengan meraikan penyanyi senior' tanah air khususnya, agar kembali diingati dan pada masa yang sama turut diperkenalkan seterusnya dijadikan contoh kepada generasi baharu. Gegar Vaganza' terus kekal menjadi sebuah jenama kukuh di persada seni. Ia membentuk satu linkungan ekosistem yang saling memerlukan di antara beberapa pemain utama industri seperti kami di Astro sebagai penganjur dan penyiar rasmi, barisan artis berpengalaman sebagai peserta, pihak penaja sebagai tulang belakang dan yang paling utama, peminat sebagai penyokong setia. Menerusi gabungan ini, Gegar Vaganza' musim terbaharu sekali lagi berjaya direalisasikan dan bersedia untuk menemui anda mulai Oktober ini. Kami yakin, revolusi GV' akan kembali mencetuskan sebuah fenomena hebat. Justeru, teruskan menonton!
Trivia Menarik 'Gegar Vaganza 6'
1.Buat julung kalinya, pengeluar rangkaian susu segar dan produk tenusu, Farm Fresh hadir sebagai Penaja Utama GV6' dan disokong oleh tiga Penaja Bersama - Adabi, Cuckoo dan Uphamol. Digi turut hadir sebagai Telco Rasmi.
2.Aplikasi Astro GO dan portal Gempak turut menghulurkan sokongan selaku Rakan Digital. Manakala SINAR pula sebagai Rakan Radio Rasmi.
3.Turut membanggakan, GV' masih mengekalkan rekod cemerlang sebagai program hiburan realiti nyanyian terbaik Malaysia di platfrom Astro. Penerimaan di ruang digital juga menyaksikan peningkatan sebanyak 105% bagi jumlah tontonan menerusi penstriman secara online' berbanding musim sebelumnya, menjadikan jumlah tontonan terkumpul di ruangan ini sebanyak 26 juta.
4.Maestro tersohor, Datuk Haji Ramli MS masih lagi dikekalkan sebagai juri tetap yang akan dipertanggungjawabkan untuk menilai persembahan para peserta berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan.
5.Dengan pengalaman lebih 45 tahun berkecimpung sebagai individu penting belakang tabir dunia hiburan tanah air, kredibiliti dan reputasi cemerlang beliau sebagai konduktor dan pengarah muzik
Most recent headlines
05/01/2027
Worlds first 802.15.4ab-UWB chip verified by Calterah and Rohde & Schwarz to be ...
01/06/2026
January 6 2026, 05:30 (PST) Dolby Sets the New Standard for Premium Entertainment at CES 2026
Throughout the week, Dolby brings to life the latest innovatio...
02/05/2026
Dalet, a leading technology and service provider for media-rich organizations, t...
01/05/2026
January 5 2026, 18:30 (PST) NBCUniversal's Peacock to Be First Streamer to ...
01/04/2026
January 4 2026, 18:00 (PST) DOLBY AND DOUYIN EMPOWER THE NEXT GENERATON OF CREATORS WITH DOLBY VISION
Douyin Users Can Now Create And Share Videos With Stun...
06/02/2026
Share
Copy link
Facebook
X
Linkedin
Bluesky
Email...
06/02/2026
Share
Copy link
Facebook
X
Linkedin
Bluesky
Email...
06/02/2026
Share
Copy link
Facebook
X
Linkedin
Bluesky
Email...
06/02/2026
Share
Copy link
Facebook
X
Linkedin
Bluesky
Email...
06/02/2026
Share
Copy link
Facebook
X
Linkedin
Bluesky
Email...
06/02/2026
How invisible vaccine scaffolding boosts HIV immune response Scripps Research scientists designed a DNA scaffold that carries HIV vaccine proteins into the bo...
05/02/2026
Three examples of how wireless microphones are deployed to bring fans in deep an...
05/02/2026
Broadcast coverage will include 25 cameras distributed around the venues, including to some athletes; Galaxy AI Interpreter will also be deployed
The Opening C...
05/02/2026
Kiswe has partnered with the Mountain West Conference to power the next iteratio...
05/02/2026
NBCUniversal and Roku announce the launch of the 2026 NBC Winter Olympics Experience, a destination delivering NBCUniversal's comprehensive CTV coverage of ...
05/02/2026
Vizrt, which specializes in live production technology as well as transforming v...
05/02/2026
Canon USA has launched the RF7-14mm F2.8-3.5 L fisheye STM zoom lens and the RF14mm F1.4 L VCM prime lens. Building on Canon's legacy of innovative optics, ...
05/02/2026
The Paul E. Tsongas Center at UMass Lowell in Massachusetts has chosen Ikegami cameras for incorporation into its broadcast-quality television production facili...
05/02/2026
Once again, service members and Veterans worldwide will enjoy free access to NBC...
05/02/2026
Advanced Systems Group, LLC (ASG), a technology and services provider for media ...
05/02/2026
Broadcast Management Group (BMG) is strengthening its leadership team to support...
05/02/2026
NBC Sports selects Comcast Technology Solutions (CTS) to provide multiscreen vid...
05/02/2026
AIM Sports Group, a sports enterprise dedicated to elevating youth athletics thr...
05/02/2026
Designed for efficient use of shared services and resources, the home of OBS pro...
05/02/2026
The Yankees fan from Connecticut is executive producer of BTN StudentU for the Wolverines
In the live-sports-video industry, the future is bright. Our series S...
05/02/2026
In an Olympic first, the ceremony will be held in four locations simultaneously...
05/02/2026
Members of the broadcast and tech communities share four decades of memories of the technology leader
The 2026 Milano Cortina Olympics are upon us, and every O...
05/02/2026
Key vendors include Appear, Audio-Technica, Canon, Chyron, Cisco, Comcast Techno...
05/02/2026
Since bringing audiobooks to Spotify in 2022, we've helped listeners discove...
05/02/2026
Today, Spotify announced two new updates to give book lovers a more personalized...
05/02/2026
A U.S. Coast Guard HC-130J aircraft during a test flight at L3Harris' facility in Waco, Texas....
05/02/2026
Al Seer Marine and L3Harris have announced a strategic partnership combining UAE...
05/02/2026
AI should balance automation (replacing tasks) and augmentation (empowering humans). Automate the mundane and augment the creative by applying the right AI type...
05/02/2026
During this period, streaming comprised the majority of ad supported TV (45.6%),...
05/02/2026
Share
Copy link
Facebook
X
Linkedin
Bluesky
Email...
05/02/2026
Share
Copy link
Facebook
X
Linkedin
Bluesky
Email...
05/02/2026
Advanced Systems Group, LLC (ASG), a technology and services provider for media creatives and content owners, announced the appointment of Derek Pezzotti as Sen...
05/02/2026
Taurus Technologies, a Dallas-area professional AV systems integrator, has upgraded its in-house podcast studio with Brightline Lighting's AV/720 low-voltag...
05/02/2026
NBC Universal to Present XXV Olympic Winter Games Feb. 6-22 and Milan Cortina Paralympics March 6-15
NBC Sports to Utilize Grass Valley's Frame Rate Conver...
05/02/2026
Atomos today announced Shogun AV-19, a rack-mountable, 19-inch 4K HDR monitor-recorder-switcher designed for professional live production, broadcast, and video ...
05/02/2026
Vizrt, the leader in live production technology, revolutionizing viewer experience and engagement, today introduces two brand new solutions in partnership with ...
05/02/2026
Appear, a global leader in live production technology, today announced the appointment of Simon Frost in a newly created role as Chief Marketing Officer (CMO). ...
05/02/2026
New York gaffer Noah Chamis, ICLS ( You Deserve Each Other , The Half of It , Project Runway ) practices a mix of technical precision and creative play in his...
05/02/2026
Share
Copy link
Facebook
X
Linkedin
Bluesky
Email...
05/02/2026
Share
Copy link
Facebook
X
Linkedin
Bluesky
Email...
05/02/2026
Share
Copy link
Facebook
X
Linkedin
Bluesky
Email...
05/02/2026
BBC Studios and UKTV have appointed Karin Marelle to lead their Global Acquisitions team, overseeing the sourcing of content across BBC Studios' global chan...
05/02/2026
Thursday 5 February 2026
The Miniature Wife, A Sky Exclusive comedy drama starr...
05/02/2026
Thursday 5 February 2026
Trailer Revealed for Sky Original Film FUZE starring A...
05/02/2026
Rohde & Schwarz at MWC Barcelona 2026: Enabling connections, empowering innovati...