
Drama Jalan Sesat' Ke Syurga Singkap Isu Akidah Dan Ajaran Sesat
Date Released:14 Aug 2020
Share
Tweet
Media Pack
Drama bersiri Jalan Sesat' Ke Syurga merupakan sebuah naskah asal yang diinspirasikan daripada konflik gerakan golongan ekstrimis dan feminis berlandaskan ideologi agama yang terpesong terbitan pihak Astro Prima dengan kerjasama syarikat produksi Nuansa Sdn Bhd. Drama 35 episod arahan Shuhaimi Zulkefli ini turut mendapat sentuhan sutradara berkaliber, Osman Ali selaku Pengarah Kreatif serta Siti Jasmina Ibrahim selaku penulis skrip.
Jalan Sesat' Ke Syurga sudah mula ditayangkan menerusi slot Tiara secara eksklusif di saluran Astro Prima HD (105) dan Astro Prima (125) pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 6.00 petang serta turut boleh distrim menerusi aplikasi Astro GO dan on demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.
Norzeha Mohd Salleh, Pengurus Saluran Astro Prima berkata: Sebelum ini, Astro Prima sering menerbitkan kandungan drama yang mengetengahkan format adaptasi kerana fenomena tersebut terbukti mendapat sambutan positif daripada peminat drama Melayu. Terbaharu, kami mengangkat naskah asal untuk diketengahkan menerusi drama Jalan Sesat' Ke Syurga yang dilihat memiliki kekuatan tersendiri daripada segi naratif penceritaan bagi memberi kelainan dan variasi kepada penonton. Berbeza dengan drama Melayu klise yang sering mengangkat konflik cinta dan perebutan kuasa, drama Jalan Sesat' Ke Syurga mengangkat isu yang lebih berat dalam mengupas konflik akidah dan ancaman ideologi gerakan pemikiran sesat berlandaskan agama yang tersasar daripada ajaran Islam sebenar. Walaupun mengundang kontroversi, namun kami percaya para penonton dapat mengambil iktibar dan menghargai nilai estetika seni yang ingin disampaikan menerusi drama ini.
Trivia Drama Jalan 'Sesat' Ke Syurga
Sutradara Osman Ali yang merupakan Pengarah Kreatif untuk drama Jalan Sesat' Ke Syurga tidak memerlukan pengenalan yang panjang lebar kerana direktori seni dan reputasi beliau dalam bidang pengarahan cukup dikagumi.
Manakala penulis skrip untuk drama ini iaitu Siti Jasmina Ibrahim pula pernah memenangi beberapa anugerah berprestij dalam bidang penulisan seperti Anugerah Hadiah Sastera Perdana Malaysia dan Hadiah Sastera Kumpulan Utusan-ExxonMobbil.
Kumpulan ajaran sesat yg diketengahkan dalam drama ini iaitu Hawa Islam' dan Gerakan Elit' adalah hasil kaji selidik mendalam yang dilakukan oleh syarikat produksi dan penulis skrip. Ia diinspirasikan daripada gerakan golongan ekstrimis dan feminis yang memperjuangkan ideologi sesat dan bercanggah dengan garis panduan Islam yang sebenar untuk kepentingan sendiri.
Drama ini juga turut mendapat khidmat nasihat daripada jabatan agama Islam serta golongan yang sudah insaf dan pernah menyertai kumpulan ajaran sesat sebelum ini.
Drama Jalan Sesat' Ke Syurga juga turut mempertaruhkan empat pelakon handalan selaku tonggak utama iaitu Dato' Aaron Aziz, Elizad Syarifuddin, Aleza Shadan dan Dato' Jalaluddin Hassan.
Dato' Jalaluddin juga mengalami kecederaan di kaki semasa penggambaran dan terpaksa berehat untuk beberapa hari. Namun dia masih bersemangat dan komited untuk meneruskan penggambaran walaupun dalam keadaan kaki yang bengkak.
Jadual Elizad agak padat kerana dia juga merupakan penyampai radio sepenuh masa di SINAR. Oleh itu, semua jadual penggambaran terpaksa disusun mengikut jadual tugasan radio Elizad.
Cabaran terbesar sepanjang penghasilan drama ini ialah penggambaran yang tertangguh ketika tempoh kritikal sewaktu arahan PKP dikeluarkan. Namun, penggambaran drama ini akhirnya dapat disiapkan mengikut garis masa yang diberikan selepas mendapat kelonggaran daripada pihak berkuasa sewaktu tempoh PKPP dilaksanakan walaupun terikat dengan SOP yang ketat.
Untuk mengejar garis masa sekaligus mempercepatkan keseluruhan proses penggambaran, krew produksi yang terlibat telah dipecahkan kepada dua pasukan bagi memastikan drama ini dapat disudahkan mengikut tempoh yang ditetapkan.
Lokasi utama penggambaran drama Jalan Sesat Ke Syurga' telah dijalankan di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur serta masih lagi dalam fasa penggambaran pada ketika ini.
Single Luka' nyanyian MADAM yang merupakan band pertama di bawah naungan syarikat pengurusan Rocketfuel Entertainment diangkat sebagai lagu tema untuk drama bersiri ini.
Barisan Pelakon Drama Jalan 'Sesat' Ke Syurga
Pelakon Utama
Elizad Sharifuddin sebagai INARA
Dato' Aaron Aziz sebagai HAMZAH
Dato' Jalaluddin Hassan sebagai DR ZAQWAN
Aleza Shadan sebagai PUAN ASYIRAH
Pelakon Pembantu
Nelissa Nizam sebagai AIN
Zul Helmy sebagai AFIQ
Sri Idrina sebagai Julia
Zalfa Zin sebagai SALLY
Suzane Ortiz sebagai MUNA
Saliza Ali sebagai EMA
Rashidah Jaafar sebagai HALIMAH
Naza Manas sebagai MADI
Abil Habshi sebagai IKHWAN
Sinopsis Drama Jalan 'Sesat' Ke Syurga
Inara (lakonan Elizad Sharifuddin) kembali bernafas setelah sudah diisytiharkan mati. Setelah dihidupkan semula', Inara berubah dan mahu menjadi seorang Muslimah yang baik, seorang yang bukan dirinya sebelum ini. Ibu bapa Inara, iaitu Asyirah (lakonan Aleza Shadan) dan Zaqwan (lakonan Dato' Jalaluddin Hassan) gembira dengan perubahan Inara, namun apa yang diajar oleh mereka berkaitan agama menggelirukan Inara. Zaqwan merupakan ahli jemaah kumpulan Gerakan Elit'. Manakala Asyirah pula memperjuangkan ideologi kumpulan Hawa Islam' yang berbeza dengan golongan ekstrimis Gerakan Elit'.
Inara kemudian bertemu Hamzah (lakonan Dato' Aaron Aziz), seorang penagih dadah yang positif HIV tetapi menjalani kehidupan yang sihat dengan menggunakan ubat ARV. Hamzah mengusahakan sebuah kafe komuniti yang bertujuan untuk membantu penagih-penagih dadah di luar sana. Apabila Hamzah bertemu Inara, dia tahu bahawa Inara adalah wanita yang terbaik unt
Asia, Australia & Oceanic Stories
28/10/2026
Digital Originals backs the next wave of Australian screen talent
28 October, 2026
Media releases
SBS, National Indigenous Television (NITV) and Screen Aus...
28/10/2026
Behind every jinx is a story: Comedian Ting Lim takes a light-hearted look at su...
28/10/2026
Digital Originals backs the next wave of Australian screen talent 28 October 2026
2026 Digital Originals cohort. Photo credit: Teniola Komolafe.
SBS, National...
27/10/2026
SBS celebrates the colour, culture and joy of the Festivals of Lights with all A...
21/10/2026
SBS appoints Kathryn Fink as Chief Content Officer in new executive structure
21 October, 2026
Media releases
SBS has announced a new executive structure a...
20/10/2026
2026 UNTAPPED Development Lab participants announced 20 October 2026
Top (L-R): Becki Bouchier, Carly Brand, Leslie Hornung. Bottom (L-R): Joseph Meldrum, Elle...
15/10/2026
2.6 Seconds: Death in the Outback
15 October, 2026
Media releases
You remember the headlines. Now see the story behind them.
The must-watch four-part do...
15/10/2026
Applications open for Screen Australia and ACTF's Kids IP Incubator 15 October 2026
Screen Australia and the Australian Children's Television Foundatio...
14/10/2026
Double the Eurovision!
14 October, 2026
Media releases
SBS turns up the volume as the official Australian broadcaster for Eurovision Asia
Also, the searc...
14/10/2026
Dr Trauma selected for Dynamic Television Scripted Initiative 14 October 2026
L-R: Sarah Bailey, Troy Lum.
Screen Australia and Dynamic Television today annou...
13/10/2026
Screen Australia announces Narrative Content funding for 75 projects that reflec...
07/10/2026
Statement on the passing of Richard Morecroft
7 October, 2026
Media releases
Statement by SBS Managing Director, Jane Palfreyman
SBS is deeply saddened...
06/10/2026
SBS invites audiences and communities to help shape the future of its language s...
02/10/2026
New SBS podcast How Australia Works helps migrants to navigate Australia's d...
02/10/2026
Agility Beyond Space achieves ISO 27001 certification, strengthening the securit...
01/10/2026
Screen Australia-funded documentaries bring Australian experiences and new persp...
23/09/2026
Koori Knockout returns home exclusively to NITV and SBS On Demand in 2026
11 September, 2026
Media releases
Fans can catch all the live action exclusively ...
21/09/2026
Indigenous screen organisations from Canada, Aotearoa New Zealand and Australia ...
18/09/2026
The inside scoop on attention-grabbing market assets from those in the know 17 September 2026
(L-R): Sophie Green, Todd Brown and Edwina Waddy
In the feature ...
17/09/2026
Respected journalist Catalina Fl rez to succeed Anton Enus as SBS World News pre...
16/09/2026
Screen Australia funds games projects in every state and territory as Screen Cur...
15/09/2026
Applications open for Future Leaders Delegation to BitSummit 2027 15 September 2026
Applications are open for Screen Australia's annual Future Leaders Dele...
14/09/2026
WTA Awards Tier 4 to Agility Beyond Space Subic Bay and Cikarang sites...
11/09/2026
Agility Beyond Space and Sonema deepen their long-term partnership to strengthen...
10/09/2026
Agility Beyond Space and Levira partner to expand video distribution across Eura...
09/09/2026
NITV to bring First Nations netball to audiences nationwide
9 September, 2026
Media releases
Every match of the 2026 First Nations Tournament will be live ...
09/09/2026
Twenty Years Strong...
08/09/2026
The Airport Chaplain takes off as SBS's biggest launch of 2026
8 September, 2026
Media releases
1.67 million viewers on National Total TV to date
Best...
03/09/2026
Fraudulent communications purportedly from Screen Australia 3 September 2026
Screen Australia is aware of scam attempts involving fake emails and promotional m...
01/09/2026
SBS secures exclusive rights to FIFA World Cup 2030
1 September, 2026
Media releases
Major sports rights deal ensures all Australians will be able to view...
01/09/2026
SBS announces the launch of outcomes-based measurement across its network
1 September, 2026
Media releases
New offer sees national broadcaster put outcomes...
01/09/2026
Revealed: The Booster Economy' how $140bn+ in everyday inheritances'...
01/09/2026
SBS census explorer to provide new insights into contemporary Australia
1 September, 2026
Media releases
The 2026 Census Explorer will give marketers new i...
01/09/2026
SBS and oOh!media launch exclusive SBS News content partnership across office, a...
01/09/2026
SBS offers marketers greater reach with extension into outdoor, creator economy ...
01/09/2026
SBS and The Guardian join forces to supersize sustainability challenge for 2027
1 September, 2026
Media releases
SBS Media and Guardian Australia have join...
01/09/2026
SBS goes deeper in 2027 with provocative Australian documentaries, star-studded ...
01/09/2026
Brochure
Brochure
Brochure
Brochure
Brochure
Brochure
Venera Technologies ...
31/08/2026
Optus commits 3% of consumer brand spend to First Nations media in new landmark ...
31/08/2026
Digicel Pacific Selects Techtel for PNG Digital TV Head-End Transformation
31 Aug Written By Mal Chandler
Sydney, 31 August 2026 - Techtel has been appointe...
27/08/2026
Screen Australia opens applications for Global Fellowships Program 27 August 2026
Applications are now open for the Screen Australia Global Fellowships progra...
26/08/2026
Brochure
Brochure
Brochure
Brochure
Brochure
Brochure
Venera Technologies ...
24/08/2026
SBS WorldWatch embraces digital future with move to SBS On Demand
24 August, 2026
Media releases
On 18 September, SBS WorldWatch will transition from a lin...
21/08/2026
Join the Screen Currency 2026 Ask Me Anything (AMA) Online 20 August 2026
(L-R): Adrian Coates, Grainne Brunsdon, Deirdre Brennan, Rachael Perkins
Got questio...
20/08/2026
Audiences reveal appetite for multicultural Australia on-screen 20 August 2026
Dr Georgie McClean, Dr Rebecca Huntley (L-R)
By Dr Georgie McClean and Dr Rebec...
19/08/2026
Screen Australia releases the Private Investment Toolkit to strengthen screen in...
19/08/2026
Do Aussies truly value local content? Unpacking Screen Currency 2026 with Deirdr...
13/08/2026
Brochure
Brochure
Brochure
Brochure
Brochure
Brochure
alt= data-lazy-src...
12/08/2026
2026 NATIONAL NAIDOC AWARDS TO BROADCAST ON NITV LIVE AND DIRECT FROM MPARNTWE
12 August, 2026
Media releases
First Nations excellence will be celebrated l...
12/08/2026
More than six million sports fans stay with SBS for Tour de France and Tour de F...