
Pakej Indo Pek Tawar Kandungan Serba Baharu Dalam Format HD
Date Released:16 May 2020
Share
Tweet
Media Pack
Mulai 23 Mei ini, dua buah saluran HD baharu iaitu Astro Rania HD (112) dan Astro Aura HD (113) akan dilancarkan buat pertama kali menerusi Pakej Indo Pek yang turut diperbaharui dengan pengisian lebih padat, dinamik dan terkini merangkumi pelbagai genre untuk hiburan tontonan seisi keluarga. Untuk pilihan yang fleksibel, ia turut boleh distrim menerusi aplikasi Astro Go dan perkhidmatan On Demand'.
Buat pertama kalinya, program-program hits dari Indonesia ditawarkan dalam format definisi tinggi secara eksklusif untuk memberi kepuasan pengalaman menonton yang lebih maksima kepada pelanggan. Program yang disiarkan di kedua-dua buah saluran ini juga turut disertakan dengan sarikata dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
Sebagai pengenalan dan tanda penghargaan sempena musim perayaan Aidilfitri, akses pratonton komplimentari untuk saluran Astro Rania HD dan Astro Aura HD ini juga akan dibuka istimewa buat kesemua pelanggan Astro mulai 23 Mei hingga 30 Jun 2020.
Dengan pelancaran dua saluran baharu ini, dua buah saluran asal dalam Pakej Indo Pek iaitu Bintang (141) dan Pelangi (142) akan ditamatkan perkhidmatan siarannya bermula 1 Jun 2020, jam 00:01.
Untuk makluman, Pakej Indo Pek mula diperkenalkan pada tahun 2011 dan masih menerima sambutan positif daripada kalangan peminatnya yang tersendiri sehingga kini.
Raja Jastina Arshad, Naib Presiden, Ketua Astro Shaw & Nusantara berkata: Selaku pembekal kandungan berbayar utama di negara ini, Astro sentiasa memperkenalkan pelbagai pembaharuan dinamik bagi menambah baik mutu perkhidmatan terutamanya daripada segi kualiti dan fleksibiliti agar berbaloi dengan nilai bayaran yang dikenakan.
Buat pertama kalinya kualiti siaran kandungan dalam Pakej Indo Pek dinaik taraf ke format definisi tinggi menerusi dua saluran baharu iaitu Astro Rania HD dan Astro Aura HD sebagai daya penarik utama untuk memberikan kepuasan pengalaman menonton yang optimum kepada para pelanggan yang gemarkan kandungan hiburan terkini dari negara seberang. Kini, akses penuh ke seluruh kandungan tersebut juga turut boleh distrim menerusi aplikasi Astro Go dan perkhidmatan On Demand.
Astro Rania HD merupakan sebuah saluran hiburan yang mengetengahkan variasi kandungan seperti sinetron, telefilem dan program realiti. Manakala saluran Astro Aura HD pula lebih menfokuskan kepada pelbagai format kandungan berkaitan muzik terutamanya dangdut. Sebagai pembuka tirai, sinetron Cinta Buta' yang pernah tercalon dan diiktiraf menerusi pelbagai kategori di SCTV Awards 2019 dan Festival Film Bandung 2019 bakal dibawakan secara eksklusif. Selain itu, program realiti Dangdut No 1. Indonesia, Liga Dangdut Indonesia' dan Golden Memories' anjuran stesen Indosiar juga bakal ditayangkan.
Jalinan perhubungan rangkaian dan kolaborasi strategik dengan rangkaian stesen televisyen utama dari Indonesia iaitu Indosiar dan SCTV juga telah mengukuhkan lagi aspirasi Astro untuk terus membariskan program hiburan Indonesia terkini yang berkualiti tinggi kepada para pelanggan .
Saluran Astro Rania HD (112) bakal menghimpunkan variasi kandungan hebat seperti drama sinetron popular, filem televisyen (FTV) dan telefilem, program realiti hiburan, travelogue atau kembara, dokumentari serta banyak lagi.
Para peminat sinetron juga bakal dihidangkan dengan barisan sinetron terbaik yang pastinya bakal menawan hati para penonton seperti drama Sayap Pelindungmu', Cinta Buta', Gadis Pemimpi', Ungkap' serta banyak lagi.
Selain itu, program realiti berkonsepkan pertandingan bakat popular di Indonesia iaitu Golden Memories 2' yang turut menampilkan barisan juri dalam kalangan selebriti terkenal seperti Ramzi, Irfan Hakim dan Gilang Dirga juga bakal ditayangkan di saluran ini.
Saluran Astro Aura HD (113) pula menawarkan variasi kandungan hiburan popular yang memfokuskan kepada program berkonsepkan genre muzik terutamanya irama dangdut menerusi program variasi, sinetron dan sebagainya. Antara program-program hebat yang bakal ditayangkan termasuklah Panggung Gembira', Liga Dangdut Indonesia 2020', Kuch Kuch Dangdut', D'Academy Asia' serta banyak lagi.
Pelanggan Astro boleh terus menikmati kandungan yang ditawarkan menerusi saluran Astro Rania HD dan Astro Aura HD selepas tempoh pratonton komplimentari tamat dengan melanggan pakej Indo Pek.
Untuk semua pelanggan Pakej Astro (tidak termasuk Pakej Family Pack), caj yuran langganan untuk Pakej Indo Pek masih dikekalkan dengan harga serendah RM12 sebulan. Manakala istimewa buat pelanggan Pakej Value Pack, hanya caj RM8 akan dikenakan.
Untuk melanggan pakej ini, sila ke saluran 200 atau layari laman rasmi di www.astro.com.my.
Most recent headlines
05/01/2027
Worlds first 802.15.4ab-UWB chip verified by Calterah and Rohde & Schwarz to be ...
07/10/2026
Dalet, a leading technology and service provider for media-rich organizations, today announced the latest Long-Term Supported (LTS) release of Dalet Flex. Build...
06/09/2026
June 9 2026, 23:00 (PDT) Dolby and MagentaTV Bring Fans Closer to the FIFA Worl...
04/08/2026
Dalet, a leading technology and service provider for media-rich organizations, t...
15/07/2026
The 2026 FIFA World Cup is a big deal for DAZN, which has distribution rights in three markets: Italy, Spain, and Japan. Each requires a different editorial app...
15/07/2026
As sports-media organizations manage rapidly growing content libraries and incre...
15/07/2026
HBS director of digital Johannes Franken talks SVG Europe through the operation built to serve FIFA World Cup 2026 rights holders remotely from Stratford, east ...
15/07/2026
IBC has unveiled the conference program for IBC2026, with this year's event ...
15/07/2026
Software-defined wideband RF platform supports 96-kHz monitoring, streamlined fr...
15/07/2026
New AI-powered module enables broadcasters and content owners to extract dialogu...
15/07/2026
Weeklong gathering at EBU headquarters will test new IPMX capabilities and expand certified product ecosystem...
15/07/2026
Force Tech has announced the appointment of Bryan Adams, CTS, as Vice President of Integration. Adams will oversee AV and broadcast integration project delivery...
15/07/2026
USA Sports has announced an exclusive English-language agreement with the Bundes...
15/07/2026
ITV Sport's FIFA World Cup 2026 coverage has been produced from one of the m...
15/07/2026
Program will provide professional camera kits, training, and technical support to participating local newsrooms...
15/07/2026
San Francisco church becomes first U.S. deployment of the 2 M/E production switcher...
15/07/2026
Former ESPN and NFL Network executive to advise startup league on media, distribution, technology, and fan engagement...
15/07/2026
The Houston-based RSN is the live-game home of the Astros and Rockets...
15/07/2026
Launched alongside new FreqSoft installer
Designed to bridge the gap between hardware and software, Freqport's FreqInOut FO1 unit provides a simple way ...
15/07/2026
Save up to 55% on software until 23 July 2026
Expressive E have just launched their Summer Offer sale, with discounts of up to 55% now applied across their ...
15/07/2026
Real-time stem-separation tool updated
zplane have recently released a new and improved version of their real-time stem-separation plug-in which they say ma...
15/07/2026
A new benchmark in bass enhancement
Described as a new benchmark in bass enhancement , Baby Audio's latest release has been designed to augment the lo...
15/07/2026
DMC Production's AR 1 and AR 2 units reverse the conventional OB workflow, keeping all production-critical processing at the venue while operators work remo...
15/07/2026
Share
Copy link
Facebook
X
Linkedin
Bluesky
Email...
15/07/2026
Share
Copy link
Facebook
X
Linkedin
Bluesky
Email...
15/07/2026
GigaCloud, a leading Ukrainian cloud service provider, and Cubbit, the first geo-distributed cloud storage enabler, today announced a new Business Alliance Part...
15/07/2026
SMPTE, the global society for media professionals, technologists, and engineers, has announced the launch of the SMPTE 110th Anniversary Campaign, a fundraising...
15/07/2026
Studio Technologies, a leading manufacturer of high-quality audio, video, and fiber-optic solutions, unveils the new StudioComm Model 762 Stereo Level Control, ...
15/07/2026
COW Jobs: Producer, Virtual Events - Hybrid, Full Time, Salaried
Brie Clayton July 15, 2026
0 Comments
Producer, Virtual Events (Hybrid | Full-time | ...
15/07/2026
Brazilian media organization builds nationwide CDN with Broadpeak's high-performance software for low-latency streaming and new content distribution service...
15/07/2026
DHD announces a new utility designed to increase the efficiency of its audio mixing systems during initial installation and subsequent configuration.
Anyone w...
15/07/2026
BCNEXXT Brings Next-Generation Vipe to IBC2026, Breaking the 1:1 Channel-to-Server Ratio New innovations liberate broadcasters from legacy playout infrastructur...
15/07/2026
Share
Copy link
Facebook
X
Linkedin
Bluesky
Email...
15/07/2026
Share
Copy link
Facebook
X
Linkedin
Bluesky
Email...
15/07/2026
Wednesday 15 July 2026
Screeners and press pack now available: Gomorrah: The Or...
15/07/2026
Trinity's Treasures features Ruth Negga, Eleanor McEvoy, and David Norris, a...
15/07/2026
Join geographer Dr Susan Hegarty, Engineer Tim Joyce and Architect Orla Murphy a...
15/07/2026
Home to leading manufacturers, robotics pioneers, infrastructure builders and gaming, of course, Japan is one of the world's centers of AI - building across...
14/07/2026
South end zone videoboard, cloud-based control system will be ready for 2026 football season...
14/07/2026
Redesigned website, enhanced mobile app unify content, ticketing, and personalized fan engagement...
14/07/2026
Agreement spans sponsorship sales, digital monetization, radio production, and new practice facility naming rights...
14/07/2026
Independent league adds 14 regional sports network affiliates, growing distribut...
14/07/2026
New strategy aims to unify competitions, content, fan engagement, and commercial...
14/07/2026
ESPN and Disney+ become exclusive home of PFL events in key international MMA market...
14/07/2026
Gill will oversee engineering, technology, and sports operations across the company's 64 local television stations...
14/07/2026
Submitted by North American Broadcasters Association (NABA)
As broadcasters con...
14/07/2026
Modernized mobile unit combines HOME Apps, mc 56 console, and IP infrastructure ...
14/07/2026
Every match of the 32-team tournament will air across ION and Scripps Sports platforms in English and Spanish...
14/07/2026
FloHockey to stream every game of the annual international tournament under four...