
Lebih Bertenaga, Kecomelan Berganda - #TomTomBak Kembali!
Date Released:28 Aug 2019
Share
Tweet
Media Pack
Kekal diterajui pengacara tersohor negara, Datuk Aznil Hj. Nawawi, #TomTomBak musim terbaharu turut dijayakan nama-nama popular industri seperti Ramlah Ram, Kid Search, Ernie Zakri, Elfira Loy dan Sweet Qismina
27 Ogos 2019, Kuala Lumpur - Astro Ceria dengan berbesar hati melancarkan #TomTomBak musim terbaharu! Setelah 8 tahun tidak bersiaran, dengan menggunakan stail nama yang seiring dengan peredaran masa (meletakkan tanda pagar di hadapan), program popular di kalangan kanak-kanak, #TomTomBak kembali menceriakan penonton mulai 6 September 2019, setiap Jumaat, 8.30 malam di Astro Ceria (saluran 611).
Program ini juga boleh diakses menerusi On Demand dan distrim di Astro GO. Mengimbas nostalgia, Tom Tom Bak' merupakan sebuah rancangan yang mempersembahkan aneka bakat dan ragam si cilik, telah mula bersiaran di saluran kanak-kanak nombor 1 di Malaysia, Astro Ceria, pada tahun 2007 dan melabuhkan tirainya pada tahun 2011.Sudah tentu, #TomTomBak kembali beraksi bersama pengacara tersohor negara, Datuk Aznil Hj. Nawawi atau lebih mesra dengan sapaan Pak Nil yang menggalas tanggungjawab sebagai pengemudi utama / hos rancangan.
Di musim terbaharu ini, Pak Nil yang begitu sinonim dengan jenama #TomTomBak turut terlibat secara langsung di hadapan dan di belakang lensa kamera produksi, seawal dari perbincangan konsep dan kandungan, pemilihan bakat-bakat cilik di fasa uji bakat serta sesi perkongsian informasi dan tips. Komitmen jitu yang ditonjolkan Pak Nil ini menjadikan beliau mudah mesra dengan kanak-kanak yang hadir di sesi uji bakat seterusnya di hari rakaman program.
#TomTomBak turut menyasarkan golongan dewasa sebagai audiensnya, justeru penelitian dari aspek pemilihan kandungan begitu dititikberatkan oleh pihak produksi. Uniknya musim kali ini, #TomTomBak bakal membawa tiga segmen utama yang pasti mampu memenangi hati penonton.
Di segmen Ada Bakat', terdapat persembahan yang penuh variasi dari bintang-bintang cilik termasuklah bermain gitar, menari gelek ala' Bollywood, bakat bercerita, catwalk' pertunjukan fesyen, persembahan kompang dan banyak lagi bakat-bakat unik yang lain. Seterusnya, segmen Jom Borak' akan menyaksikan keletah anak comel berceloteh bersama Pak Nil yang boleh membuatkan anda tidak kering gusi. Manakala di segmen Ada Berani?' pula, produksi menyuntik elemen interaktif' yang mana ia bukan sahaja mencabar bakat kanak-kanak yang membuat persembahan, malahan hos, tetamu-tetamu jemputan dan audiens di studio juga perlu beraksi di pentas utama apabila dicabar hos. Beranikah mereka? Kita saksikan #TomTomBak musim terbaharu mulai 6 September ini!
PETIKAN RASMI DATUK AZNIL HJ. NAWAWI, HOS #TOMTOMBAK
Seperti umum sedia maklum, sebagai sebuah saluran yang memfokuskan kanak-kanak sebagai audiens sasarannya, Astro Ceria sentiasa berusaha untuk membawakan program-program yang bermanfaat lagi menghiburkan buat seisi keluarga. Didorong oleh sokongan padu penonton, terutamanya ibu bapa yang sentiasa dahagakan kandungan yang sesuai untuk anak-anak mereka, #TomTomBak dilancarkan semula buat musim yang terbaharu pada tahun 2019 ini.Sejujurnya, #TomTomBak merupakan satu jenama yang mempunyai kedudukan istimewa dalam hati saya. Bertitik tolak dari perbincangan di antara saya dan pihak produksi, kami bersetuju untuk mengembalikan kegemilangan #TomTomBak dan mempersembahkannya kepada generasi muda pada hari ini. #TomTomBak menyediakan platform dan membuka ruang untuk si cilik mempamerkan bakat mereka yang pelbagai, sama ada dari segi nyanyian, lakonan, pengacaraan, persembahan istimewa seperti membuat silap mata, dikir barat, tarian dan banyak lagi bakat-bakat unik lain. Di musim-musim terdahulu, kami telah berjaya mencungkil bakat ramai artis yang kini sedang menempa nama dalam industri hiburan tanah air. Di antaranya termasuklah Elfira Loy, Wafiy Aan, Sweet Qismina, Ezzrin Loy dan ramai lagi. Justeru, kami ingin mengulangi kejayaan ini dengan menggilap bakat-bakat baharu yang lain pula untuk dijadikan pelapis industri di masa akan datang. Kami berharap, dengan adanya edisi terbaharu #TomTomBak ini, pengisian dan mesej yang cuba kami sampaikan kepada audiens terutamanya di kalangan kanak-kanak dan ibu bapa dapat dimanfaatkan semua. Mudah-mudahan, #TomTomBak dapat dijadikan tontonan pilihan bagi anak-anak kecil di rumah dan memberi inspirasi positif kepada generasi muda untuk lebih berkeyakinan tinggi, berani dan seterusnya menggilap bakat-bakat mereka untuk diangkat ke satu peringkat yang lebih tinggi.
TRIVIA MENARIK #TOMTOMBAK 2019
Sesi ujibakat diaktifkan menerusi atas talian ( online'), di mana ibu bapa atau anak-anak boleh memuat naik video mereka di laman Instagram dengan bertanda pagar #TomTomBakAudition dari 9 hingga 27 Julai 2019. Jumlah video persembahan bakat penuh variasi yang diterima produksi cukup memberansangkan dan mencecah hampir 1,000 penyertaan!
Sebagai alternatif, pihak produksi #TomTomBak turut menganjurkan sesi uji bakat atas lapangan di The Mines Shopping Mall pada 3 dan 4 Ogos 2019, di mana telah menyaksikan kehadiran lebih dari 130 orang peserta cilik.
Menerusi penyertaan atas talian dan sesi uji bakat yang diadakan, seramai lebih kurang 50 orang kanak-kanak disenarai pendek untuk menyertai musim terbaharu #TomTomBak. Bakat-bakat ini adalah dalam lingkungan umur 3 hingga 16 tahun.
Secara keseluruhan, terdapat 7 episod untuk musim ini, termasuk 1 episod pengenalan yang akan menyiarkan klip-klip menarik sepanjang berlangsungnya sesi uji bakat. Kesemua episod adalah berdurasi selama 30 minit. Sesi rakaman telah diadakan di Studio Visual Three, Seri Kembangan.
Bagi mengimbau kembali ( throwback') era kegemilangan Tom Tom Bak' di musim-musim terdahulu, alumni' atau bekas peserta ra
Most recent headlines
05/01/2027
Worlds first 802.15.4ab-UWB chip verified by Calterah and Rohde & Schwarz to be ...
07/10/2026
Dalet, a leading technology and service provider for media-rich organizations, today announced the latest Long-Term Supported (LTS) release of Dalet Flex. Build...
06/09/2026
June 9 2026, 23:00 (PDT) Dolby and MagentaTV Bring Fans Closer to the FIFA Worl...
19/08/2026
As the cost of IP nears price parity with traditional SDI, Reynolds argues that ...
19/08/2026
A private 5G bubble was chosen instead of traditional broadcast RF for the race ...
19/08/2026
(L-R) Rafael Manuel and Isabel Sicat attend the Filipi ana premiere during the 2026 Sundance Film Festival at The Ray Theatre on January 23, 2026, in Park Cit...
19/08/2026
Studio owners invited to have their say on rates cuts
The Music Producers Guild (MPG) are inviting UK-based studios to take part in an in-depth survey that ...
19/08/2026
Vintage-inspired desktop interface revealed
Harrison's latest hardware offering sees them head into the world of audio interfaces, delivering a 10-in/12...
19/08/2026
Granular effect remains locked to scale and tempo
Described as your dream granular effect , Minimal Audio's latest creation is capable of turning any s...
19/08/2026
First polyphonic SWAM instrument incoming
Audio Modeling's latest physical-modelling orchestral instrument is just around the corner, and is now availab...
19/08/2026
World Cup Games Generate 84 Billion Minutes Across FOX, Fox Sports 1 and NBCU...
19/08/2026
July brought typical peak-holiday drops in viewership, driven primarily by viewers stepping away from screens and a visible decline in reach across both traditi...
19/08/2026
Share
Copy link
Facebook
X
Linkedin
Bluesky
Email...
19/08/2026
Henry joins BCE as the company accelerates its commercial strategy and expands its international presence across the media, broadcast and technology markets. He...
19/08/2026
iWedia, a leading provider of software solutions for connected TV devices, today announced a major milestone in Android platform optimization with the successfu...
19/08/2026
NTP Technology announces that ST 2110-30 audio-over-IP connectivity with AES67 and RAVENNA capabilities is now available for the brand's world-class audio i...
19/08/2026
Net Insight has been selected to provide its Nimbra platform by the service provider Big Blue Marble, formerly ORS Group, as the core media transport solution f...
19/08/2026
LiveU has supported Coventry City FC and several other top-flight UK football clubs through one of their most demanding live production challenges of the year, ...
19/08/2026
Nature Seekers Documentary Shot with Blackmagic URSA Cine 12K LF
Brie Clayton August 18, 2026
0 Comments
Filming endangered turtles required camera...
19/08/2026
Neyrinck Brings D-Control Consoles Back to Life on Apple Silicon with D-Control ...
19/08/2026
Share
Copy link
Facebook
X
Linkedin
Bluesky
Email...
19/08/2026
Share
Copy link
Facebook
X
Linkedin
Bluesky
Email...
19/08/2026
Share
Copy link
Facebook
X
Linkedin
Bluesky
Email...
19/08/2026
Share
Copy link
Facebook
X
Linkedin
Bluesky
Email...
19/08/2026
Share
Copy link
Facebook
X
Linkedin
Bluesky
Email...
19/08/2026
Riedel Communications today announced that Edith Cowan University (ECU) in Perth, Australia, implemented a comprehensive communications infrastructure that brin...
19/08/2026
QuickLink, a leading provider of award-winning video production and remote guest contribution solutions, will spotlight a major leap forward in remote guest con...
19/08/2026
Integrated platform melds media asset management, playout automation and newsroom workflows
EMAM, PlayBox Neo and SNEWS have officially launched Nuvex, a conne...
19/08/2026
Screen Australia releases the Private Investment Toolkit to strengthen screen in...
19/08/2026
Do Aussies truly value local content? Unpacking Screen Currency 2026 with Deirdr...
19/08/2026
There's an early Christmas gift for Bookish fans, as UKTV confirms the re-commission of the hit U&alibi drama, created by and starring Mark Gatiss. Viewers ...
19/08/2026
Wednesday 19 August 2026
Sky gives sports fans the chance to watch multiple liv...
19/08/2026
On Saturday September 5 Katie Taylor will step into the ring for the fight of her life against Flora Pili in front of 80,000 fans in Croke Park. A legendary fig...
18/08/2026
SportStream 2026, a free three-day virtual event, will take place September 15-17. One registration provides access to all three days of live programming and on...
18/08/2026
BeckTV will introduce BeckFlow to the European market at IBC2026, demonstrated on the Providius stand (10.F53).
BeckFlow is a web-based schematic documentation...
18/08/2026
Boland Communications will introduce a SMPTE ST 2110 input option for its 4K monitors at IBC2026, along with a new 55-inch super-narrow bezel display for video ...
18/08/2026
Dolby Laboratories and the Seattle Seahawks have announced a partnership integrating Dolby OptiView into the Seahawks' live streaming coverage, making the S...
18/08/2026
For BMG Executive Producer of Sports Production, Graham Taylor, producing live s...
18/08/2026
TMRW Sports has appointed Rufus Hack as President of Golf, a newly created role in which he will lead the company's golf businesses including TGL presented ...
18/08/2026
SMT will provide race technology for FOX Sports' coverage of the Freedom 250 Grand Prix of Washington, D.C. on August 23, when the NTT INDYCAR SERIES races ...
18/08/2026
The live, YouTube-native roundtables combine fan voices, credentialed reporters,...
18/08/2026
Behind The Mic provides a roundup of recent news regarding on-air talent, includ...
18/08/2026
The industry legend sounds off on replacing the Heat's iconic Medusa score...
18/08/2026
William F. Rasmussen, the sports fan-turned broadcaster and entrepreneur whose out-of-the-box idea of a 24-hour cable sports network, ESPN, changed forever the ...
18/08/2026
DAZN Group has completed its acquisition of ViewLift, a provider of streaming and digital solutions for sports content owners. The acquisition was first announc...
18/08/2026
The American Association of Professional Baseball (AAPB) has added SI TV, Sports Illustrated's 24/7 streaming channel, as a broadcast partner for the remain...
18/08/2026
The Esports Foundation has announced that the inaugural Esports Nations Cup (ENC), originally scheduled for November 2026 in Riyadh, will be postponed to Novemb...
18/08/2026
Diversified has announced a new Global Managed Services Practice, consolidating the company's managed services capabilities into one organization. Rob Mello...
18/08/2026
Appear has completed a proof of concept with Thoroughbred Racing Productions (TRP), demonstrating multi-camera remote live production over bonded 5G cellular an...