Dimensi Berbeza Big Stage 2020' Pada Skala Norma Baharu Date Released:05 Aug 2020
Share
Tweet
Media Pack
Program realiti Big Stage' ialah sebuah pertandingan nyanyian yang mempertaruhkan bakat muda generasi Budak Baru Nak Up' atau lebih dikenali sebagai BBNU'. Kembali dengan pengisian serba mantap, penganjuran Big Stage 2020' bakal dilaksanakan mengikut SOP dan rutin kelaziman baharu dengan tagline Dominasi BBNU Norma Baharu'.
Musim ketiga bakal menyaksikan persaingan sengit di antara 12 bintang BBNU' yang terdiri daripada lapan [8] bintang lelaki dan empat [4] bintang wanita di pentas utama selama lapan [8] minggu.
Big Stage 2020' juga masih mengekalkan format asal penjurian yang terbahagi kepada dua [2] bahagian iaitu berdasarkan pemarkahan oleh barisan juri profesional dan undian peminat secara online.
Untuk bahagian pertama, 100% keputusan ditentukan oleh juri yang akan menilai para bintang berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan sewaktu persembahan mingguan. Tiga [3] bintang yang mendapat markah terendah akan melalui proses penjurian untuk bahagian kedua yang ditentukan berdasarkan undian peminat secara online menerusi laman rasmi di www.gempak.com/bigstage serta menerusi aplikasi SYOK. Bintang yang mendapat undian terendah akan disingkirkan.
Untuk makluman, barisan juri profesional adalah terdiri daripada lima [5] ahli panel iaitu tiga [3] juri tetap, seorang [1] juri jemputan dan seorang [1] presiden netizen.
Sebelum ini, penyanyi Sarah Suhairi berjaya merangkul gelaran juara sewaktu penganjuran musim pertama (2018). Manakala penyanyi yang berasal dari Korea Selatan, Han Byul pula dinobatkan sebagi juara musim kedua (2019).
Emarina Mohd Kamal, Pengurus Saluran Astro Ria
Walaupun baru memasuki tahun penganjuran yang ketiga, pengaruh dan kredibiliti jenama Big Stage' dalam memartabatkan karya dan bakat luar biasa angkatan BBNU' yang lebih mendominasi ruang digital ke pentas komersial arus perdana ternyata membawa impak yang besar terhadap perkembangan industri seni tanah air secara menyeluruh. Big Stage' selaku platform perkongsian integrasi yang mengangkat seni muzik turut melakar sejarah yang membanggakan apabila berjaya menembusi tembok empat buah negara iaitu Brunei, Indonesia, Thailand dan Korea Selatan menerusi inisiatif penganjuran musim kedua tahun lalu. Meskipun tidak dapat membuka ruang perkongsian di peringkat antarabangsa untuk musim ini atas faktor keselamatan dan kesihatan bagi menangani krisis Covid-19 yang sedang melanda dunia, pengalaman tersebut telah membuka satu lembaran baharu yang menjadi pemangkin kepada semangat kami untuk terus menerbitkan kandungan hiburan berkualiti. Dalam berhadapan dengan situasi ketidaktentuan pada ketika ini, pelbagai perubahan dan pengubahsuaian akan dilaksanakan demi mematuhi syarat dan garis panduan SOP norma baharu yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa. Antara perubahan paling ketara untuk musim ini ialah penganjuran konsert mingguan yang akan dibuat pada skala yang lebih kecil melibatkan kehadiran jumlah penonton yang jauh lebih sedikit berbanding dua musim terdahulu. Namun begitu, strategi pemantapan kandungan telahpun diatur dengan teliti agar tidak menjejaskan mutu penganjuran sekaligus menjamin kepuasan tontonan yang maksima kepada penonton di rumah.
Trivia Mengenai Big Stage 2020
Penerbitan Big Stage 2020' turut disokong oleh Adabi dengan kerjasama Kinohimitsu selaku Penaja Bersama. Portal Gempak dan aplikasi SYOK turut menghulurkan sokongan selaku Rakan Digital. Manakala ERA pula hadir sebagai Rakan Radio Rasmi.
Tiga [3] figura seni tanah air iaitu Faizal Tahir, Dayang Nurfaizah dan Ajai bakal mengambil alih kerusi Juri Tetap' yang pernah diduduki oleh Dato' Sri Siti Nurhaliza, Cakra Khan dan Judika pada musim sebelum ini.
Ini merupakan perlantikan kali pertama buat Dayang Nurfaizah dan Ajai. Manakala Faizal Tahir pula kembali menerima mandat sebagai juri tetap Big Stage 2020' setelah setahun berehat daripada tugas penjurian musim lalu.
Sementara itu, seorang [1] juri jemputan profesional juga turut diundang khas pada setiap minggu untuk menyertai juri tetap bagi mengadili persembahan para bintang.
Buat julung kali, khidmat empat [4] Presiden Netizen' bakal dibawa masuk secara bergilir-gilir untuk turut mengadili persembahan para bintang bersama-sama barisan juri profesional pada setiap minggu. Kehadiran mereka di pentas Big Stage 2020' adalah untuk menjurikan pertandingan dengan kupasan perspektif yang mewakili suara ramai.
Tiga [3] selebriti berpengaruh yang cukup aktif di media sosial iaitu Neelofa, Caprice dan Michael Ang dilantik sebagai Presiden Netizen' untuk musim ini.
Bagi merancakkan lagi penganjuran musim terbaharu, produksi Big Stage 2020' juga bakal menyerahkan kuasa perlantikan kepada para peminat untuk memilih sendiri seorang [1] lagi calon Presiden Netizen' sebagai kelainan musim ketiga.
Para peminat boleh mencalonkan selebriti kesayangan mereka sebagai Presiden Netizen' menerusi hantaran entri di laman media sosial menggunakan hashtag #PNBigStage2020 mulai 4 hingga 22 Ogos 2020. Nama-nama selebriti yang dicadangkan akan dinilai oleh pihak produksi berdasarkan kriteria yang ditetapkan sebagai Presiden Netizen' untuk mengisi kekosongan slot keempat untuk musim ini.
Selain itu, khidmat Syafizawati Sharif atau lebih dikenali sebagai Cikgu Syafi masih dikekalkan sebagai Guru Vokal' bagi memberikan bimbingan dan tunjuk ajar kepada para bintang. Manakala Hanafi Rosdi pula dilantik sebagai Koreografer' untuk membantu persembahan mingguan para bintang di pentas Big Stage 2020'.
Big Stage 2020' juga masih menerima sentuhan barisan pemuzik berpengalaman tanah air yang diketuai oleh Sharhan Syazwan atau lebih popular dengan panggilan Cha'an selaku Pengara










