Strim lebih 9,000 video untuk kanak-kanak di Astro GO Date Released:20 Nov 2019
Share
Tweet
Media Pack
Sempena musim cuti persekolahan ini, Astro menyajikan lebih 9,000 kandungan hiburan kanak-kanak terhebat yang boleh didapati di platform Astro GO dan On Demand, sedia untuk distrim pada bila-bila masa dan di mana sahaja anda berada. Dalam pada itu, kanak-kanak juga boleh menonton program-program kegemaran mereka ini dalam versi berdefinisi tinggi (HD) di Astro Ceria, Astro Xiao Tai Yang, Disney Channel, Cartoon Network dan Nickelodeon.
Lebih dari 50 program-program eksklusif menanti penonton di saluran pelbagai bahasa Astro termasuklah di saluran kanak-kanak nombor satu di Malaysia, Astro Ceria, saluran-saluran utama berbahasa Melayu (Astro Ria, Astro Warna, Astro Prima), saluran antarabangsa (HBO, Fox Movies, Disney, Cartoon Network, Nickelodeon, Warner TV), saluran berbahasa Cina (Astro Xiao Tai Yang) dan saluran berbahasa India (Astro Vaanavil, Astro Vellithirai) dari 23 November 2019.
SAJIAN HEBAT SEPANJANG MUSIM CUTI SEKOLAH INI
Astro bakal memperkenalkan dua program terbaharu di saluran Astro Ceria. SMK', sebuah siri bergenre komedi akan menampilkan pelbagai kisah menarik seorang murid baharu bernama Adam dan gelagat sekumpulan remaja di sekolah menengah. Ia mengangkat keunikan setiap pelajar dan menyuntik semangat persahabatan serta keharmonian terutamanya di kalangan pelajar yang hadir dari pelbagai latar belakang. Mulai bersiaran pada setiap hari Sabtu, 30 November, 11.00 pagi, SMK' diterajui oleh pelakon kanak-kanak/remaja; Wafiy Ilhan, Erissa Puteri, Fikry Kiki, Idan Aedan, Rykarl Iskandar, Mia Sara, Aniq dan Kashika dari Ceria Megastar'. Turut hadir memeriahkan siri SMK' adalah pelakon / pelawak popular tanah air, Abam Bocey, Hafidz Roshdi dan Nasz Sally.
Ibu bapa dan anak-anak juga boleh berhibur bersama Pinkfong dan Baby Shark menerusi Hello Pinkfong', siri live-action' pertama di dunia melibatkan karakter ini! Menggabungkan elemen pendidikan dan hiburan, kanak-kanak boleh mempelajari Bahasa Inggeris menerusi lagu-lagu yang dipersembahkan, aktiviti seni dan kraftangan serta pendekatan pembelajaran berbentuk eksplorasi. Bersiaran mulai 23 November 2019, terbitan terbaharu di antara Astro dan SmartStudy ini menyaksikan penglibatan bakat sepenuhnya dari Malaysia. Lebih dari 40 lagu-lagu popular Pinkfong akan digubah semula dan disampaikan dengan set tarian yang dikoreografikan khas untuk siri ini yang bakal ditayangkan di Astro Ceria, Astro Xiao Tai Yang, Astro Vaanavil, Astro Vinmeen, Astro TVIQ dan Hello TV.
Penonton juga boleh strim lebih dari 100 video-video pendek lagu, seni dan kraftangan serta berbentuk pembelajaran penemuan atau discovery di Astro GO.Jenama prasekolah nombor 1 di Malaysia, Didi & Friends' dan animasi muzikal yang berasaskan agama Islam, Omar & Hana' kembali dengan kandungan baharu dan segar sepanjang cuti sekolah ini. Kini di musim keempat, lagu terbaharu Didi & Friends' berjudul Mengantuknya Mumia' meraih lebih dari 3 juta tontonan hanya selepas seminggu dilancarkan. Kedua-dua Didi & Friends' dan Omar & Hana' terus merekodkan kejayaan apabila tercalon di anugerah Asian Television Awards' bagi kategori Program Prasekolah Terbaik'.
Seleksi rancangan sempena musim cuti persekolahan di Astro Ceria turut diperhebatkan lagi dengan sajian telemovie baharu pada setiap hari Khamis, jam 9.00 malam seperti Perisik Cilik', Misteri Krew: Harta Karun Jepun' dan Ceria Megastar Ministar: Zap-In'. Pada setiap hari Sabtu, 9.00 malam pula, kehadiran beberapa filem antarabangsa popular turut menyemarakkan lagi pilihan penonton, dengan Madagascar 3', Teenage Mutant Ninja Turtles 1 & 2, Monsters vs Aliens' dan The Spongebob Movie: Out of Water'. Kesemua filem ini turut hadir dengan pilihan untuk alih bahasa (Bahasa Melayu).
Kemeriahan cuti sekolah terus diraikan oleh saluran-saluran vernakular Astro termasuklah saluran kanak-kanak berbahasa Mandarin, Astro Xiao Tai Yang. Di antara sajian menarik adalah animasi popular, GG Bond: Dodgeball Legend' dan Pains of AU', serta filem dari China, Legend of the Zodiac' dan program game-show' untuk keluarga, Boom'.
Saluran berbahasa India, Astro Vaanavil turut tidak ketinggalan dengan mempertaruhkan beberapa program hebat sepanjang cuti sekolah ini. Seisi keluarga boleh menonton, program variety atau aneka ragam, Allunggal Vellunggal', program animasi dan game-show' berbahasa Tamil, Mottu Patlu', Kisna Movies' dan Super Star Raja'.
Menarik lagi buat cuti sekolah ini adalah tayangan perdana filem Dumbo' dan Avengers: Endgame' di FOX Movies. Ibu bapa dan anak-anak boleh menikmati pelbagai lagi program dan filem-filem istimewa buat cuti sekolah ini dengan Mickey Goes Local', Club Mickey Mouse Goes to Hong Kong Disneyland Special', Wizards of Warna Walk Special with the Mouseketeers', Olaf's Frozen Adventure' di Disney Channel, dan We Bare Bears' di Cartoon Network serta SpongeBob SquarePants' di Nickelodeon!
KENYATAAN RASMI CECILIA WONG, KETUA SALURAN ASTRO CERIA
Saban tahun, Astro menyediakan pelbagai pengisian menarik bagi mengisi slot cuti sekolah. Program-program yang kami susun untuk musim (cuti sekolah) kali ini dilihat lebih menyeluruh demi menepati kehendak segmen yang pelbagai, khususnya segmen kanak-kanak, remaja, diikuti dengan dewasa. Menerusi kempen cuti sekolah, Astro GO GO GO', kami meraikan pelanggan yang sentiasa setia berada di sisi dengan menyajikan lebih dari 9,000 kandungan hiburan kanak-kanak terhebat di platform Astro GO dan On Demand, yang mana ia sedia untuk distrim pada bila-bila masa dan di mana sahaja anda berada. Selain dari itu, penganjuran acara-acara lapangan di lokasi yang berbeza










