Mengangkat tema Jauh Di Mata, Dekat Di Hati', Astro tampil ...
27/07/2020
Date Released:23 Jul 2020
Share
Tweet
Bersempena dengan sambutan Hari Raya Aidiladha 1441H yang dijangka jatuh pada 31 Julai ini, Astro akan menyajikan pelbagai program menarik buat seisi keluarga, merangkumi program hiburan Islamik bersama tokoh-tokoh Islam negara, telefilem yang menampilkan nama-nama popular tanah air, drama bersiri, serta program kanak-kanak dan siri animasi.
Azlin Reza Azmi, Ketua Saluran Melayu Astro berkata, Saluran-saluran Melayu di Astro sudah sinonim dengan sajian hiburan berterusan, terutamanya pada setiap musim perayaan. Menggalas tanggungjawab sebagai peneraju kandungan hiburan Melayu utama tanah air, Astro tetap dengan tradisinya untuk menyediakan pelbagai sajian nurani yang penuh bermakna dan bermanfaat, sesuai dan relevan buat tontonan masyarakat Islam di Malaysia khususnya bersempena dengan sambutan Hari Raya Aidiladha pada tahun ini. Mesej pengorbanan yang menjadi intipati utama kandungan kami di kesemua saluran Melayu Astro juga dibawakan ke alam maya dengan platform digital kami, My Salam Muslim, bagi pilihan yang lebih fleksibel. Seperti yang diumumkan pihak kerajaan, disebabkan pandemik COVID-19 yang melanda, komuniti Muslim di seluruh dunia tahun ini tidak dapat menunaikan ibadah Haji yang merupakan salah satu tunggak utama bagi mereka yang beragama Islam. Dengan menyediakan pelbagai sajian nurani bagi mengimarahkan kedatangan bulan penuh keberkatan ini, kami berharap bahawa walaupun Tanah Suci Makkah jauh di mata', pengisian bermanfaat dalam program-program istimewa Aidiladha di platform Astro dapat meringankan kerinduan umat Islam dan membuatkan suasana keindahan ibadah Haji itu dekat di hati'.
Antara yang menarik di Astro sepanjang sambutan Hari Raya Aidiladha tahun ini termasuklah Ibrah Qurban (bersama pengacara Fakhrul UNIC) yang bakal disiarkan setiap hari, jam 6.30 petang mulai 24 hingga 31 Julai di Astro Oasis, yang mana ia bakal mengupas erti pengorbanan pelbagai individu untuk memperkayakan kehidupan dan rohani mereka. Juga ditawarkan di Astro Oasis adalah program Demi Pengorbanan (setiap Rabu, jam 7.30 petang, sehingga 30 September) bersama Ustaz Don Daniyal yang bakal menyentuh tentang persediaan seseorang itu sebelum ke Tanah Suci Makkah bagi menunaikan ibadah Haji, serta pandemik COVID-19 yang merubah suasana haji pada tahun ini. Selain itu, Iman & Aman kembali untuk musim keduanya bersama Imam Haji Mohd Akib yang bakal memberikan suntikan kesedaran kepada orang ramai dalam mencari erti barakah dalam kehidupan mereka. Saksikan program ini pada setiap Isnin, jam 7 malam, di Astro Oasis.
NAURA, saluran gaya hidup Muslim moden pula mengukuhkan lagi tema Jauh Di Mata, Dekat Di Hati' dengan program The Days of Hajj (di aplikasi Astro GO), sebuah dokumentari membantu menambahkan pemahaman yang menyeluruh terhadap kisah perjalananan ke Mekah dan Madinah yang merupakan bandar kelahiran Nabi Muhammad SAW. Bakal menemui penonton mulai 24 Julai, jam 10 malam ini, program Labayk Allahuma Labayk menekankan tentang perjalanan para jemaah untuk menziarah tanah suci Mekah serta usaha mereka dalam meningkatkan rasa rendah diri dalam menunaikan ibadah haji. Pada 31 Julai, jam 3 petang penonton boleh menikmati program Journey to Mecca, sebuah dokumentari tentang perjalanan ibadah haji bagi para jemaah yang terdahulu. Pada jam 9 malam pula, saksikan Naura Shares bersama Ajak Shiro di mana beliau akan berkongsi tentang perjalanan beliau menunaikan ibadah umrah bersama isteri dan anak-anaknya.
Tidak ketinggalan juga adalah saluran Astro Ria yang membawakan filem Jumanji: The Next Level' (dibintangi Dwayne Johnson, Jack Black, dan Kevin Hart) secara eksklusif di kaca televisyen pada Jumaat, 31 Julai, jam 10 malam. Khas buat pengikut artis BBNU pula adalah koleksi telefilem Raya BBNU yang dibintagi As'ad Motawh, Sweet Qismina, Ismail Izzani, Wany Hasrita, Andi Bernadee, Eric Fuzi, Hanbyul, Syafiq Farhain dan ramai lagi, seperti Batang Buruk Lesung Batu (31 Julai, 10 pagi), Cerita Raya Luar Biasa (1 Ogos, 10 pagi), dan Aku Benci Kpop (2 Ogos, 10 pagi). Peminat lagenda Tan Sri P. Ramlee pula boleh menyaksikan filem Nujum Pak Belalang (31 Julai, 1.30 petang), Pendekar Bujang Lapok (1 Ogos, 1.30 petang), dan Ali Baba Bujang Lapok, (2 Ogos, 1.30 petang). Astro Ria juga bakal menyiarkan dua filem seram dari Indonesia, Syirik, pada 1 Ogos dan Iblis, pada 2 Ogos, jam 11 malam.
Astro Prima pula tampil dengan program bual bicara istimewa Mingguan Wanita bagi Hari Raya Aidiladha, episod bertemakan Masakan Daging Korban' bakal disiarkan pada Selasa, 28 Julai jam 12 tengah hari, manakala episod bertemakan Hikmah Pembatalan Haji' pula akan disiarkan pada Khamis, 30 Julai, juga pada jam 12 tengah hari. Saksikan tribut khas buat pelakon tersohor M. Rajoli seperti filem Quran Buruk (31 Julai), Liang Lahad (1 Ogos) dan Tanah Kubur (2 Ogos), semuanya jam 11 malam. Peminat siri animasi Upin & Ipin juga bakal dihiburkan dengan musim kedua siri pendek Upin & Ipin Iqra mulai 31 Julai hingga 6 Ogos, jam 7 petang!
Di saluran Astro Citra pula terdapat seleksi telefilem hebat tanah air yang bertemakan pengorbanan seperti Selagi Masih Ada (24 Julai), Surga Yang Terluka (25 Julai), Perempuan Lindungan Kaabah (26 Julai) pada jam 9 malam manakala drama Wau Kasih (27 Julai) dan Kalbu Pun Berzikir (28 Julai) pada jam 9.30 malam. Selain dari itu, istimewa buat peminat industri animasi Malaysia, saksikan Ejen Ali The Movie pada 31 Julai jam 11 pagi di Astro Citra! Pada jam 9 malam pula, terdapat filem drama Harim Di Tanah Haram (dibintangi Irwansyah, Sylvia Fully, dan Wawan Wanisar) kemudian nikmati filem aksi blockbuster Furious 7 (dibintangi Vin Diesel, Paul Walker, Dwayne Johnson, Michelle Rodriguez) pada jam 11.15 malam pula
LINK: | https://www.astro.com.my/mediaroom/articledetails.aspx?id=1131&title=m... |
See more stories from astro |
More from Astro
26/07/2023
ZAYAN dan MyCARE teruskan misi ibadah korban di Nepal
26 July 2023 ZAYAN dan MyCARE teruskan misi ibadah korban di Nepal Video dokumentari tersedia di YouTube ZAYAN ZAYAN dan Humanitarian Care Malaysia (MyCARE...
25/07/2023
Catch local Tamil drama fantasy series Project Karma premiering 31 July on Astro Vinmeen (Ch 202)
25 July 2023 Catch local Tamil drama fantasy series Project Karma premieri...
22/07/2023
Astro Vaanavil and Astro Ulagam present Tamil Amutham competition
22 July 2023 Astro Vaanavil and Astro Ulagam present Tamil Amutham competition Open to Malaysians aged 9 to 12 years to showcase Tamil speaking skills Mala...
21/07/2023
Online auditions for Astro talent search Ultimate Star Search 2023 open till 11 August
21 July 2023 Online auditions for Astro talent search Ultimate Star Search...
18/07/2023
Hayati Maal Hijrah dengan pengisian menarik di ZAYAN mulai 19 Julai
18 July 2023 Hayati Maal Hijrah dengan pengisian menarik di ZAYAN mulai 19 Julai ZAYAN Pagi: Maal Hijrah (8 pg) di udara & ZAYAN Tausiyah (8 mlm) di YouTube...
17/07/2023
sooka Offers More Choices with 10 Free FAST Channels
17 July 2023 sooka Offers More Choices with 10 Free FAST Channels The local entertainment streaming app adds five new channels inclusive of Bollywood Kual...
17/07/2023
Enjoy local Tamil romance comedy telemovie Maya Bazaar premiering 19 July on Astro Vinmeen (Ch 202)
17 July 2023 Enjoy local Tamil romance comedy telemovie Maya Bazaar premie...
13/07/2023
Up to 80% Off and Best Buys from as low as RM10 with Go Shops Go Giler Mega Sale
13 July 2023 Up to 80% Off and Best Buys from as low as RM10 with Go Shops Go Giler Mega Sale Plus, up to RM50 shopping vouchers and FREE delivery KUALA ...
10/07/2023
Astro partners W-Sport to bring dedicated womens sports channel to Malaysia
10 July 2023 Astro partners W-Sport to bring dedicated womens sports channel to Malaysia Astros Netball Super League to be shown on W-Sport W-Sport is com...
10/07/2023
Win 3-day passes to Good Vibes Festival 2023 with Hitz FM and Mix FM
10 July 2023 Win 3-day passes to Good Vibes Festival 2023 with Hitz FM and Mix FM Listen to Hitz FM and Mix FM from now till 14 July for a chance to win Mu...
07/07/2023
More of the hottest Korean shows premiering on Astro this July
07 July 2023 More of the hottest Korean shows premiering on Astro this July Calming Signals: Woof & Meow, KPOP Generation, Angels Last Mission: Love, and mo...
06/07/2023
Astro and Amagi launch Free Ad-Supported Streaming TV service on sooka
06 July 2023 Astro and Amagi launch Free Ad-Supported Streaming TV service on sooka Kuala Lumpur, 6 July 2023 - Amagi, the global leader in cloud-based Saa...
04/07/2023
ONE CHANNEL AND ASTRO COMMEMORATES 13TH ANNIVERSARY OF RUNNING MAN WITH ONEDERFUL CELEBRATION GIVEAWAY FOR ASTRO CUSTOMERS
04 July 2023 ONE CHANNEL AND ASTRO COMMEMORATES 13TH ANNIVERSARY OF RUNNING M...
28/06/2023
Local Tamil fantasy romance comedy series Jeeyum Neeyum premieres 3 July on Astro Vinmeen (Ch 202)
28 June 2023 Local Tamil fantasy romance comedy series Jeeyum Neeyum premi...
19/06/2023
ASTRO POSTS REVENUE OF RM891MN IN Q1FY24
19 June 2023 ASTRO POSTS REVENUE OF RM891MN IN Q1FY24 ARPU Boosted by New TV Packs and Broadband Bundles Astro Malaysia Holdings Berhad (AMH) | Result hig...
17/06/2023
Join Malaysias biggest street dance contest - Battleground Malaysia: Road to Gold
17 June 2023 Join Malaysias biggest street dance contest - Battleground Malay...
16/06/2023
ONE INDIVIDUAL PLEADED GUILTY TO SELLING TV BOXES WITH UNAUTHORISED CONTENT
16 June 2023 ONE INDIVIDUAL PLEADED GUILTY TO SELLING TV BOXES WITH UNAUTHORISED CONTENT RM20,000 fine or 2 months imprisonment The Kuala Lumpur Sessions C...
14/06/2023
New TVB Magic channel (Ch 124) launch on Astro
14 June 2023 New TVB Magic channel (Ch 124) launch on Astro TVB Magic brings more Asian content for Malaysian audiences 14 June 2023, Kuala Lumpur - Ma...
13/06/2023
Order Qurban Meat from Go Shop with up to RM35 Discount and FREE Delivery
13 June 2023 Order Qurban Meat from Go Shop with up to RM35 Discount and FREE Delivery Customers can also unlock endless savings with the Macam-Macam Ada...
12/06/2023
Unlock Endless Savings with Go Shops Macam-Macam Ada Campaign!
12 June 2023 Unlock Endless Savings with Go Shops Macam-Macam Ada Campaign! KUALA LUMPUR, 12 June 2023 Go Shop, Malaysias e-commerce and home shopping pl...
11/06/2023
AstroAsia-Pacific Broadcasting+ Awards 5-
11 June 2023 Astro Asia-Pacific Broadcasting Awards 5 - MY 2022 £ ' - ...
09/06/2023
Astro Fibre Now Available to Additional 118,000 Homes in Sabah
09 June 2023 Astro Fibre Now Available to Additional 118,000 Homes in Sabah Customers to enjoy up to RM39 rebate per month for TV Pack + Astro Fibre bundles...
08/06/2023
Ulagam Short Film Contest now open for submissions till 30 June
08 June 2023 Ulagam Short Film Contest now open for submissions till 30 June Stand a chance to win a RM10,000 cash prize and produce a telemovie Aspiring l...
01/06/2023
Watch the hottest K-dramas and K-movies premiering on Astro this June
01 June 2023 Watch the hottest K-dramas and K-movies premiering on Astro this June Summer Guys, Dont Look Back: The Legend of Orpheus, Meant To Be, and more...
30/05/2023
Localised global hit format Family Feud Malaysia Tamil premieres on Astro Vinmeen (Ch 202)
30 May 2023 Localised global hit format Family Feud Malaysia Tamil premier...
24/05/2023
Go Shop Spreads Harvest Festival Cheer with FREE SHIPPING to East Malaysia
24 May 2023 Go Shop Spreads Harvest Festival Cheer with FREE SHIPPING to East Malaysia Go Shop, home shopping and e-commerce platform in Malaysia spreads th...
19/05/2023
Local Tamil talk show 'Panas Talk with Vikadakavi' premieres 19 May on Astro Vinmeen (Ch 202)
19 May 2023 Local Tamil talk show Panas Talk with Vikadakavi premieres 19 May...
18/05/2023
Perak Bakal Buka Tirai Gelanggang Emas Anuar STL 22/23
18 May 2023 Perak Bakal Buka Tirai Gelanggang Emas Anuar STL 22/23 STL Challenge Cup bakal menghangatkan pertarungan STL edisi ke-9 Pemburuan kejuaraan suk...
11/05/2023
Enjoy the BAFTA Television Awards with P&O Cruises live on Astro on 15 May
11 May 2023 Enjoy the BAFTA Television Awards with P&O Cruises live on Astro on 15 May Live at 2am with encores at 9am & 9pm on PRIMEtime (Ch 704) On 15 Ma...
03/05/2023
Enjoy the hottest Korean dramas and movies premiering on Astro this May
03 May 2023 Enjoy the hottest Korean dramas and movies premiering on Astro this May Oh Youngsim, Delightfully Deceitful, All That We Loved, Oasis and more ...
27/04/2023
Shower your love to your parents with the perfect gifts from Go Shop!
27 April 2023 Shower your love to your parents with the perfect gifts from Go Shop! Go Shop, Astro Malaysias home shopping and e-commerce platform has launc...
27/04/2023
RAAGA announces winners of Mr & Miss RAAGA
27 April 2023 RAAGA announces winners of Mr & Miss RAAGA Dhevesh A/L Sivakumar wins Mr RAAGA and Christy A/P Susai crowned Miss RAAGA RAAGA announced th...
25/04/2023
Stream local Tamil paranormal podcast Pei Diary Season 4 now on SYOK
25 April 2023 Stream local Tamil paranormal podcast Pei Diary Season 4 now on SYOK Stream via the SYOK app or RAAGA website Malaysians can now stream se...
19/04/2023
Meet Popular Indian Talents at the #NewAstro Event
19 April 2023 Meet Popular Indian Talents at the #NewAstro Event 18th Global Indian Festival, 21 & 22 April at Mid Valley All Malaysians are invited to a ...
18/04/2023
Astro Radio collaborates with PLUS and MET Malaysia for traffic and weather updates this festive season
18 April 2023 Astro Radio collaborates with PLUS and MET Malaysia for traffic...
17/04/2023
Astro celebrates Earth Day with local and international shows on nature
17 April 2023 Astro celebrates Earth Day with local and international shows on nature In conjunction with Earth Day, Astro is playing its part as Voice for ...